DILABEL contoh lelaki tidak setia gara-gara sering dikaitkan dengan kontr0versi cur4ng, pelawak Shuk Sahar menerima banyak pertanyaan netizen yang meminta tip daripadanya.
Mengakui tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadapnya, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, berkata, tindak tanduknya bukan sesuatu yang wajar dijadikan contoh dan ikutan.
“Apa yang saya boleh cakap, satu saja… tak best pun jadi macam aku… tak best, tak happy dan bukan satu benda yang elok.
Status rumah tangga Shuk dan isteri masih menjadi tanda tanya.
“Yang mana nak minta tip cur4ng, tak payah la. Itu yang hangpa tengok aku. Kebetulan aku, hangpa kenal dah boleh nampak apa benda yang aku buat.
“Boleh jadikan satu benda yang tak payah ikut pun,” kata Shuk.
Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi tular di TikTok selepas netizen memuat naik di platfrom itu.
Aku cur4ng dengan orang yang sama beberapa kali.
SHUK SAHAR
PELAWAK
Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.
Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan percer4ian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.
Shuk mempunyai dua orang anak perempuan.
Dalam pada itu, Shuk turut mengakui dia beberapa kali berlaku curang dengan wanita sama.
“Aku cur4ng dengan orang yang sama beberapa kali. Mungkin ada orang cur4ng dengan orang yang berlainan, orang tak tahu.
“Apa yang aku boleh beritahu, sejujurnya kalau ada keluarga, percayalah… tak payah la cur4ng,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mstar
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Netizen minta tip jadi lelaki cur4ng, Shuk Sahar ded4h hidup tak gembira menduakan isteri"
Post a Comment