Baru-baru ini gambar seorang pemuda sedang menunggang motosikal tular di Facebook. Namun apa yang menjadi perhatian ramai bukan motosikalnya tetapi mata tertumpu pada salah satu pedal iaitu ‘kaki besi’.
Memetik laporan mStar Online, pemuda berkenaan Danial Aysraf Roslan yang bekerja sebagai rider mula memakai ‘kaki besi’ selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2017.
Berkongsikan episod ngeri dalam hidupnya, pemuda berusia 22 tahun itu berkata motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta sehingga menyebabkan kaki kanannya dari paras bawah lutut terpaksa dipotong.
“Pada mulanya agak sukar untuk saya meneruskan kehidupan. Tapi saya bersyukur kerana sokongan keluarga memberi semangat untuk bangkit semula,” katanya.
Danial berkata dia mula bekerja sebagai penghantar barangan di sebuah syarikat untuk perkhidmatan di sekitar Melaka sejak dua bulan lalu.
Ujarnya, sebelum ini dia pernah bekerja di sebuah kilang namun diberhentikan sejak akhir tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.
Meskipun kekurangan dari segi fizikal, Danial tekad melakukan empat kerja dalam satu masa mengikut permintaan semasa.
Selain daripada menghantar barang, dia turut membuat kerja penghantaran secara sambilan untuk sebuah restoran.
“Pada masa sama, saya buat part time delivery untuk kakak saya yang berniaga susu. Saya juga sedia khidmat runner kepada sesiapa yang memerlukan khidmat penghantaran saya.
“Kiranya ada empat kerja dalam satu masa. Tapi semuanya bergantung rezeki daripada Tuhan. Kalau tak ada yang ini mungkin ada yang itu,” tambahnya.
SUMBER: mStar Online
The post Kisah Lelaki Kaki Besi Buat 4 Kerja Demi Sara Keluarga appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia
0 Response to "Kisah Lelaki Kaki Besi Buat 4 Kerja Demi Sara Keluarga"
Post a Comment