Mujahid Minta SKMM Sekat Muhammad Sajjad Dari Media Sosial Serta-merta


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta SKMM menyekat usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang menimbulkan kontroversi memakai telekung di Makkah dikenakan sekatan serta-merta dari memuat naik sebarang bahan di media sosial. 

"Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam. 

"Tindakan segera akan diambil oleh SKMM," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today, 4 Februari 2020. 

Jelas Mujahid, SKMM mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana kandungan di media sosial yang dikategorikan mengganggu ketenteraman khususnya umat Islam. 


Dalam pada itu, Mujahid tegas dengan pendiriannya bahawa Muhammad Sajjad perlu mengerjakan umrah sebagai seorang lelaki seperti mana datanya didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. 

Sajat, yang menjalankan perniagaan produk wanita, mencetuskan kontroversi selepas memuatnaik video dia memakai telekung semasa di Mekah.

Ia mengundang kemarahan pengguna media sosial, serta komen daripada Mujahid yang menuduhnya mencemar imej Islam dan hubungan Malaysia dengan Riyadh.

“Kita kesal sebab dia telah menjejaskan imej sebagai seorang yang dalam IC (kad pengenalan) adalah lelaki,” katanya dalam satu laporan.

Sumber: FMT via https://ift.tt/2gIXi2a


sumber Sehinggit Media News

0 Response to "Mujahid Minta SKMM Sekat Muhammad Sajjad Dari Media Sosial Serta-merta"

Post a Comment