Berita mengenai kemalangan yang melibatkan pemabuk ibarat tiada kesudahan. Sehinggakan isu ini, sering kali menjadi paparan utama di media-media sosial dan kejadian ini seperti menjadi satu kebiasaan. Bertambah menyakitkan lagi apabila, mangsa kemalangan terpaksa menanggung kesakitan dan lebih parah, menyebabkan nyawa mereka melayang.
Di Twitter, melaporkan terdapat satu lagi kes yang melibatkan pemandu yang cuai dan dibawah pengaruh alkohol. Kes kali ini dikatakan, pemandu berkenaan telah merempuh sebuah kenderaan, yang dibawa oleh keluarga seorang anggota bomba.
Lagi kes pemandu mabuk!
Walaupun kemalangan seperti ini kerap kali berlaku, namun ia tetap menaikkan kemarahan ramai pihak. Satu perkara yang sudah pasti, ia menjadi bualan hangat para netizen di laman sosial.
Berlaku di Kuching, Sarawak!
Hasil maklumat yang didapati daripada orang ramai, kejadian ini dipercayai telah berlaku di Jalan Ellis, yang berlokasi di Kuching, Sarawak. Seorang anggota bomba dan keluarganya telah terlibat dalam kemalangan ini.
Setan pye SYAITAN !!!!!!!— Yenkee (@blackmerz101) February 1, 2020
Lagi kes Pemandu Mabuk.
Kali ini pemandu Mabuk melangar kereta yang di pandu oleh keluarga anggota bomba. pic.twitter.com/m5CfAGeraw
“Orang yang ada kuasa, tapi butakan mata…”
Membuat penelitian diruangan komen, kebanyakan rakyat Malaysia berharap agar kerajaan ataupun pihak berkuasa, dapat melakukan sesuatu mengenai kes yang melibatkan pemandu mabuk ini.
Dah sampai masa kenakan hukuman!
Siapa je waras bila jadi macam ni…
Dah tahu mabuk, janganlah memandu!
“Keadaan masih terkawal?”
Sangat menyedihkan apabila kejadian seperti ini kerap kali berlaku. Tambahan pula, terpaksa melibatkan nyawa yang tidak bersalah terkorban tanpa pembelaan terhadap mereka.
Sumber: Twitter Yenkee via ohmymedia.cc
sumber Sehinggit Media News
0 Response to ""Lagi Kes Pemabuk Langgar Kereta Yang Dipandu Anggota Bomba Bersama Keluarganya?""
Post a Comment