Terbukti Sajat masih lagi berada di Mekah sekarang sebab saya dengan Jemaah saya, Dr Azy terserempak dengan dia dan kawan dia sebentar tadi di tepi MasjidilHaram Mekah.
Di Instagram, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Haji Taufik yang kini berada ni tanah suci Mekah memberitahu terserempak dengan usahawan kosmetik, Sajat pada hari ini.
Ternyata khabar angin dia telah pulang ke tanah air tidak benar. Menurut Ustaz Taufik, Sajat dan rakannya masih berpakaian wanita walaupun ditegur supaya tidak berbuat demikian.
Kelam kabut tutup muka
Sebaik didekati, Sajat dan rakan-rakan dikatakan dengan pantas menutup muka dengan tudung supaya kehadiran mereka tidak dirakam. Tambah Ustaz Taufik, kes Sajat sudah menjadi buah mulut di sana dan sedang hangat dibincangkan ketika ini.
Kelam kabut mereka tutup muka dengan tudung.Mereka masih lagi berpakaian wanita. Sy suruh jemaah sy cepat-cepat ambil gambar dia. Satu Saudi dah Viral pasal Abg Sajat ni. Malu negara kita Malaysia pasal kes dia ni. Semoga Allah swt berikan Hidayah dan Pengajaran kepada dia dan kawan2 dia.
Teguran mufti
Peka dengan isu yang sedang hangat diperkatakan ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memuat naik satu peringatan kepada Sajat serta seluruh umat Islam. Antara perkara utama yang ditekankan menerusi peringatan tersebut ialah kepentingan mengetahui tujuan umrah, agensi umrah perlu bertanggungjawab dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
Hukum Umrah Transgender
Saya nyatakan seperti berikut:
Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).
Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji.
Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya.
Dalam konteks isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.
Sumber: Ustaz Taufik, Mufti Wilayah
sumber Sehinggit Media News
0 Response to "‘Kelam Kabut Tutup Muka’ – Cuba ‘Lari’ Bila Kantoi, Sajat Masih Berpakaian Wanita Di Mekah?"
Post a Comment