Bila berbicara mengenai Edika Yusof, pasti ramai kagum dengan pengorbanan pelakon itu yang setia menjaga isterinya akibat lumpuh kira-kira 15 tahun lalu.
Isteri Edika iaitu Nor Hidayah Yusri mengatakan pengorbanan suaminya berusia 52 tahun itu tidak dapat dibalas setelah menjaga dirinya yang sejak terlantar sakit hingga saat ini.
“Ketika terlantar sakit sampai sekarang, saya telah ditatang bagai seorang bayi yang masih kecil. Tiada kata boleh diungkapkan apa yang saya rasa,” katanya.
Namun wanita berusia 41 tahun itu mengakui bahawa bukan mudah bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga apatah lagi mempunyai pasangan kacak dan popular seperti suaminya.
“Dalam kehidupan, kami perlu berada dalam satu semangat juang. Kalau hanya Edika sahaja bagi komitmen, sudah tentu sampai masa dia akan putus asa.
“Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Ia bukan perjalanan yang mudah. Tapi alhamdulillah dan dengan izinNya, kami boleh lakukan,” ujarnya.
Bagi Edika pula, dia menerima ujian dan takdir tersebut apabila isterinya berubah 360 darjah bertukar lumpuh selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Saya perlu mengangkat Nor ke bilik air dan membantu menguruskan semua keperluan. Lebih teruk lagi apabila memorinya hampir hilang. Nasib baik dia masih ingat saya dan ahli keluarga.
“Saya dah janji dengan isteri walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia sebaiknya. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula,” kata Edika.
Sumber : Nona via https://ohmymedia.cc
sumber Sehinggit Media News
0 Response to ""15 Tahun Dia Jaga Saya Macam Bayi Yang Masih Kecil" - Isteri Edika Yusof"
Post a Comment