Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki. Betul Ke?


Wanita dan kecantikkan tidak boleh dipisahkan, ada dikalangan mereka sanggup mengenakan mekap seharia walaupun hanya duduk dirumah sahaja. Hal ini kerana keyakinan diri sudah mula menurun, tanpa mekap mereka rasa rendah diri dan tidak yakin dengan kecantikkan semulajadi mereka.

Tahukah anda bahawa lelaki sangat sukakan wanita yang tidak suka mekap. Persoalannya sekarang, betul ke? Ramai wanita yang sangsi akan hal ini, kerana sememangnya sudah lumrah lelaki suka melihat benda-benda yang cantik.

Jangan pula jadi lelaki yang cakap tidak serupa bikin, depan pasangan kata tidak suka wanita bermekap. Tapi bila keluar dengan rakan-rakan, mata tidak lepas pandang wanita seksi dan bermekap.

Jadinya, betul ke lelaki tidak suka wanita yang terlalu kuat mekap? Dan mengapa agaknya ya?


1. Suka Wanita Yang Yakin

Jika wanita keluar tanpa sebarang mekap, ia bermakna keyakinannya sangat tinggi. Wanita sebegini semamngnya seorang yang sangat disukai lelaki. Lagipun lelaki tidak suka melihat teman wanitan ya bersolek tebal dan akhirnya menjadi tatapan lelaki lain. No!

2. Tidak Suka Wanita Obses

Jika sudah sampai tahap pergi pasar pun nak mekap tebal-tebal, itu sudah keterlaluan. Sebenarnya kos untuk membeli barang mekap juga mahal, jika anda terlalu taksub dengan kecantikkan, kemungkinan anda akan mula membelanjakan duit membeli barang mekap dengan begitu banyak dan membazir, Lelaki tidak suka wanita membazir dan obses dengan kecantikkan!

3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

4. Lelaki Tidak Suka Menunggu

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

5. Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Jadi wanita iru biuarlah sederhana dan cukup untuk tatapan pasangan sahaja. Jangan terlalu melebih-lebih sehingga mendatangkan rasa tidak selesa pasangan terhadap anda.

Lagi-lagi kepada mereka yang sudah berkahwin. Bermekap dan berhiaslah untuk suamimu sahaja , dn bukan kepada lelaki lain


sumber Sehinggit Media News

0 Response to "Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki. Betul Ke?"

Post a Comment