Isteri Berhak Tuntut 5 Nafkah Wajib Ini Daripada Seorang Suami


Nafkah Bukan Bebanan, Tetapi Pemberian Dari Hati Dan Jiwa Seorang Suami. Andai suami tiada duit, boleh berbincang dan bertolak ansur dengan isteri.

Nescaya, rezeki seorang suami akan berlimpah-limpah kerana pemberian yang diberikan. Ini soal nafkah.

Apa-apa pun, semua tentang nafkah ini suami dan isteri tetaplah kena berbincang dan menyusunnya mengikut keperluan dan taraf hidup setiap suami isteri.

MAKAN MINUM

Yang wajib suami sediakan adalah 2 kali sehari. Pilihlah sarapan dan makan tengahari, atau tengahri malam, atau kalau lebih baik lebih pun takpa. Roti canai pagi, nasi kukus tengahari, kopok lekor petang, malam biskut mayat ka. Terpulang pada suami. Asalkan melepasi 2 kali itu.

BARANG-BARANG MANDIAN

Yang utama shampoo, ubat gigi, sabun mandi, lulur, atau apa-apa yang membuatkan kita senang dengan isteri. Berpada dan bersederhana. Kerana fitrah seorang isteri mahu bercantik-cantik depan suaminya.


UBAT-UBATAN

Kita tahu isteri sakit apa. Yang selalu dia mengadu penat dan letih. Minyak angin, panadol, ubat kurus, pamoga. Tanyalah isteri dia selalu sakit apa. Bawa berubat. Jumpa doktor. Kesihatan isteri adalah tanggungjawab kita.

PAKAIAN

Wajib 2 persalinan setahun. Kasut 2 pasang setahun. Terpulang nak beli 6 bulan sekali atau macamana. Telekung 2 kali tukar setahun. Kalau masih elok, gunalah telekung itu sampailah isteri rasa nak tukar yang baru. Baju dalam dan seluar dalam, itu juga termasuk dalam nafkah seorang suami. Itu semua wajib kita penuhi. 

RUMAH DAN TEMPAT TINGGAL

Rumah beli atau rumah sewa. Rumah mak ayah atau rumah tumpang sesiapa. Asalkan isteri selesa. Suami kena sediakan rumah ni sebab isteri boleh bebas buat 2 perkara. Membuka tudung dan tidur serta rehat.

Sumber : Abu Hurairah Asifa


sumber Sehinggit Media News

0 Response to "Isteri Berhak Tuntut 5 Nafkah Wajib Ini Daripada Seorang Suami"

Post a Comment