Sungguh Biadab! Penyerang masjid tunjuk simbol 'White Power'



 NEW ZEALAND. Brenton Tarrant pengg-anas kulit putih yang menyasarkan dua masjid di Christchurch muncul di Mahkamah Daerah Christchurch, hari ini.

Dalam kejadian semalam, 49 jemaah masjid terb-unuh dan puluhan lagi kritikal.

Berbaju putih dan bergari, Tarrant, 28, berdepan dakwaan memb-unuh.


Ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah, Tarrant melemparkan senyuman sinis, malah riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang penyesalan.

Lebih biadab, lelaki warga Australia itu turut menunjukkan simbol 'OK' terbalik yang membawa maksud 'White Power'.

Kemunculannya di kandung tertu-duh hanya bertahan selama 60 saat sebelum dibawa ke penjara sehingga dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April.

Setakat ini, Tarrant berdepan satu dakwaan memb-unuh, namun hakim Paul Kellar berkata Tarrant bakal berdepan banyak lagi pertuduhan selepas serangan berskala besar, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Tarrant memuat naik manifesto setebal 73 muka surat mengandungi alasan mengapa dia melakukan jena-yah tersebut.



Manifesto ‘The Great Replacement’ menggambarkan Tarrant mengagung-agungkan ketuanan kulit putih dan keben-cian maksimumnya terhadap Islam.

Sera-ngan itu juga bertujuan mengurangkan populasi pendatang asing .

Tarrant turut menyenaraikan alasan, penurunan kadar kelahiran orang kulit putih di Barat dan pengambilalihan demografi oleh umat Islam sebagai pemacu utama di sebalik tindakannya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kem-atian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbu-nuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm, Sweden pada 2017.

Namun, ibu kanak-kanak terbabit Jeanette Akerlund mengutuk serangan itu dan menegaskan serangan berda-rah di Christchurch bertentangan dengan pendirian anaknya yang sentiasa menyebarkan kasih sayang. - Agensi

Sumber : sinar harian

Sumber Sungguh Biadab! Penyerang masjid tunjuk simbol 'White Power'

0 Response to "Sungguh Biadab! Penyerang masjid tunjuk simbol 'White Power'"

Post a Comment