‘Mulut Tu Boleh Tak Jangan Kurang Ajar!’ – Tuduh Artis Korea Cantik Sebab Plastic Surgery, Daler Yusuf ‘Kecut Perut’ Kena Serang Oleh Tentera Bawang



Sebelum ini kita kerap dengar mengenai pembedahan plastik bertujuan mencantikkan paras rupa dalam kalangan selebriti di Korea. Namun, tidak semua selebriti di sana melakukan plastic surgery ini.

Kenyataan lantang pelakon Daler Yusuf di ruangan komen Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza mendakwa pelakon dan model Korea, Biblee kelihatan cantik kerana melakukan plastic surgery. Malah, kenyataan itu membuatkan peminat Korea ‘menyerang’ Daler Yusuf.


‘She’s full of plastic surgery‘

‘She’s too pretty to be natural‘


Kenyataan Daler Yusuf yang lantang itu telah ‘diserang’ peminat-peminat Korea. Malah, mereka menyifatkan Daler Yusuf tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian. Tidak semua pelakon atau penyanyi Korea melakukan pembedahan plastik. Ada juga di antara mereka hanya menggunakan solekan untuk kelihatan cantik.


Daler Yusuf telah pun tampil memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan tersebut. Berdasarkan pengetahuannya sebelum ini ramai artis Korea telah melakukan pembedahan plastik. Bagaimanapun, pelakon ini telah tampil memohon maaf buat semua peminat-peminat Korea di ruangan komen Instagram Siti Nurhaliza.

Tak semua orang buat plastic surgery



Sumber: CTDK via ohbulan.com

Sumber ‘Mulut Tu Boleh Tak Jangan Kurang Ajar!’ – Tuduh Artis Korea Cantik Sebab Plastic Surgery, Daler Yusuf ‘Kecut Perut’ Kena Serang Oleh Tentera Bawang

0 Response to "‘Mulut Tu Boleh Tak Jangan Kurang Ajar!’ – Tuduh Artis Korea Cantik Sebab Plastic Surgery, Daler Yusuf ‘Kecut Perut’ Kena Serang Oleh Tentera Bawang"

Post a Comment