(8 Gambar) Subhanallah... Ustaz Nurazli, manusia tak mengenal bangsa semua ingin berbakti kali terakhir buatmu…



Catatan buat sahabat dunia dan akhiratku..

Aku menerima foto2 peribadi drp anakanda Syakir Norazli,  ada gambar ekslusif hanya utk tatapanku sahaja dan tak benar disebarkan.

Jenazahmu dengan kucuran peluh dan airmata bergenang, tenang dan nyaman meninggalkan dunia yang memenatkan ini.

Berbahagialan sahabatku, engkau begitu penat berjuang dan berdakwah. Kini masa untukmu berehat dan menuai hasil kerja amalmu di dunia…sakinah!.

Anakanda Syakir Norazli juga mengirimkan gambar2 dan video pemakaman, aku terpanar!. Manusia tak mengenal bangsa semua ingin berbakti buatmu kali terakhir, kerana apa?






Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana hidupmu berbakti kepada segenap bangsa, Gaza, Syria, Lubnan, Kashmir, Rohingya, Pakistan dan pelbagai belahan dunia..

Airmata tumpah lagi di waktu malam sunyi, esak tangismu perlahan untuk menjadi Syuhada, aku adalah saksi kerana menjadi teman pemusafiranmu di zaman muda.

Intai2 aku juga di negeri akhirat nanti sahabat sebagaimana lafaz janji kita …namamu kekal kupahat di tembok hati ini sahabatku!




Betapa SYAHDUnya doa Ustaz Ahmad Dasuki A. Ghani untuk Allahyarham Ustaz Azli Tol1ban,,,


Sumber artikel : https://ift.tt/2F8lZk3 TQ :)

Sumber (8 Gambar) Subhanallah... Ustaz Nurazli, manusia tak mengenal bangsa semua ingin berbakti kali terakhir buatmu…

0 Response to "(8 Gambar) Subhanallah... Ustaz Nurazli, manusia tak mengenal bangsa semua ingin berbakti kali terakhir buatmu…"

Post a Comment