Pengepungan Fort Pitt: Senjata Biologi Yang Membantai Puak Pribumi Amerika

Perkenalkan kepada kalian, Pengepungan Fort Pitt yang berlaku pada tahun 1763, sekitar 22 Jun hingga ke 10 Ogos 1763, di Pittsburgh, Pennsylvania antara puak pribumi Amerika dan juga British. Pertempuran ini berlaku kerana sikap cabul British yang tidak menghormati perjanjian dan janji mereka dengan pribumi Amerika yang mereka akan meninggalkan bumi Amerika selepas perang dengan Perancis.

Keenganan British telah membawa kepada Pemberontakan Pontiac. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang kronologi-kronologi yang berlaku dalam pertempuran ini kerana asas utama artikel ini adalah menceritakan apa yang telah dilakukan oleh British dalam pertempuran ini.

Ketika puak-puak pribumi Amerika sedang menghampiri Fort Pitt yang menjadi tempat kediaman tentera-tentera British ketika itu, orang penting daripada salah satu daripada puak pribumi Amerika telah berjumpa dengan pegawal-pegawal yang bertanggungjawab menguruskan Fort Pitt telah memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat ketumbukan tentera daripada puak-puak pribumi Amerika sedang menghampiri Fort Pitt untuk menyerang.

British yang sedang berkampung di Fort Pitt engan berundur daripada kubu itu, sebaliknya mereka mempunyai rancangan lain. Kebetulan, ketika berlakunya pertempuran itu, wabak Smallpox (cacar) sedang melanda para tenteranya. Rancangan British ketika inilah ialah mahu menghadiahkan dua buah selimut yang telah digunakan dalam wad yang merawat penyakit Smallpox kepada seorang pahlawan pribumi Amerika bernama Turtleheat dan seorang pemimpin salah satu puak pribumi Amerika yang bernama Maumaultee.

Jeneral Amherst menulis kepada Colonel Bouquet yang ketika itu dalam perjalanan membantu beberapa buah kubu British yang sedang dikepung seperti berikut:

“Bukankah sangat tersusun rancangan untuk menghantar smallpox dalam kalangan puak asli Amerika? Kita mesti menggunakan segala stratergi perang yang secukupnya bagi mengurangkan kekuatan mereka.”

Dalam masa yang sama, Jeneral Amherst telah memuji langkah yang dilakukan Captain Ecuyer yang terlebih dahulu telah menghadiahkan selimut yang diambil dari pesakit Smallpox yang dirawat dalam hospital British sendiri. Kolonel Bouquet yang menerima surat itu membalas seperti berikut:

“Saya akan berusaha untuk memastikan wabak Smallpox tersebar dikalangan mereka menggunakan beberapa buah selimut yang bakal jatuh ke tangan mereka, dan dalam masa yang sama, saya akan cuba memastikan yang saya tak terjangkiti dengan wabak ini.”

Balasan daripada Jeneral Amherest adalah seperti berikut:

“Kau akan dengan sehabis baik untuk memastikan wabak tersebar dikalangan mereka, walau dengan selimut sekalipun, dan dalam masa yang sama, kau harus melakukan cara yang lain untuk menghapuskan bangsa yang bangsat ini.”

(Terjemahan kasar daripada saya untuk pemahaman orang awam tentang isi surat mereka)

Akibatnya, wabak Smallpox ini tersebar dikalangan puak-puak pribumi Amerika ini. Oleh kerana pada waktu itu, Dr Edward Jenner yang mencipta vaksin kepada penyakit wabak Smallpox bukanlah lahir dari kalangan puak asli pribumi Amerika ini, maka wabak itu tersebar dan membunuh banyak nyawa. Puak-puak pribumi ini menjadi lemah dan memudahkan Tentera British dalam peperangan. Apa yang berlaku kerana senjata biologi ini telah menarik perhatian seorang doktor bernama David McClure yang telah melawat Pitssburgh beberapa tahun kemudian sambil mencatatkan seperti berikut:

“Ketika puak-puak pribumi Amerika melancarkan serangan mengejut ke atas Fort Pitt, aku mendapati bahawa penghuni kubu tersebut telah menemui cara untuk menyebarkan wabak Smallpox dikalangan puak-puak pribumi Amerika ini. Sesungguhnya, apa yang berlaku itu lebih dasyat kesan kehancurannya daripada sebarang senjata api, atau artileri yang dimiliki oleh Kolonel Boquet!”

0 Response to "Pengepungan Fort Pitt: Senjata Biologi Yang Membantai Puak Pribumi Amerika"

Post a Comment