Wakil rakyat 'hilang sabar' apabila jentera PH ditahan penyokong BN, bendera dikoyak



SEJAK malam tadi tersebar rakaman video menyaksikan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang dilihat hilang sabar apabila kenderaan yang membawa jentera PH ditahan dan bendera yang ditampal pada kenderaan itu dikoyak oleh penyokong BN.

Wakil Rakyat PH bertengkar dengan penyokong BN

Difahamkan penyokong BN bertindak menahan pacuan empat roda itu dan mengoyakkan bendera Malaysia yang ditampal padanya bagi membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sekaligus mahu membuktikan jentera PH menyalah gunakan harta kerajaan untuk berkempen.



Dalam rakaman video itu, Tengku Zulpuri mengakui mereka (penyokong BN) ada hak untuk mencari bukti (PH salah guna harta kerajaan untuk berkempen) tetapi mereka tiada hak untuk menahan dan mengoyakkan bendera yang disifatkannya sebagai perbuatan kurang ajar.

"Cari (bukti) boleh, tapi awak tak boleh koyak macam gitu, awak tak boleh buat kurang ajar," katanya kepada salah seorang penyokong BN dalam video berkenaan.

Tambahnya lagi, mereka (penyokong BN) juga boleh ambil gambar kenderaan dan nombor pendaftaran untuk membuat laporan (kepada SPR) tak perlu tahan dan koyakkan bendera seperti gangster.



Sebaran video ini difahamkan ada kaitan dengan tularnya rakaman video penyokong BN mengoyakkan bendera Malaysia yang ditampal pada pintu kenderaan jenis pacuan 4 roda dinaiki oleh jentera PH sebelum ini.

Di sebalik bendera itu kelihatan bendera Pakatan Harapan menutupi logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Video itu turut dimuat naik di halaman Facebook milik Najib Razak.

Sumber : milosuam.net

Sumber Wakil rakyat 'hilang sabar' apabila jentera PH ditahan penyokong BN, bendera dikoyak

0 Response to "Wakil rakyat 'hilang sabar' apabila jentera PH ditahan penyokong BN, bendera dikoyak"

Post a Comment