‘Nurse Pulangkan Susu Yang Adik Tak Sempat Minum’ – Anak Kecil Ini Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir 43 Hari Selepas Lahir
Menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official, seorang ibu berkongsi kesedihan bayinya berusia 43 hari meninggal dunia. Doktor mengesahkan anaknya mempunyai masalah jantung, namun beberapa hari sebelum mening gal anaknya dijangkiti kuman dalam darah. Semoga diberi ketabahan buat ibu ini.
Anak down syndrome
Assalamualaikum ibu2..saja nak share rasa sedih di hati ..anak istimewa saya anak syurga sy dah meninggal 1/1/2019..and lahir 18/11/18..43 hari pinjaman yg dipinjamkan utk ditatap dibelai dan disyaang.. tak pernah sehari pon sy dapat tidur ngan dia. Tak dapat dah saya peluk dia.. saya hanya peluk lepas anak syurga sy dah meni ng gal. Kaku tiada da respon.. saya peluk cium puas2 sebab itu yang terakhir untuk saya.
Anak saya lepas lahir terus admit NICU 14 hari dan 29 hari PCICU..Ada masalah jantung, down syndrome, baby iugr dan yg terakhir beberapa hari sebelum meni ng gal ada jangkitan kuman kat darah, air kencing, paru-paru dan jantung ada darah beku kat jantung dan kerosakan buah pinggang..pernah buat operation hari ke 14 tapi jantung tetap tidak berfungsi dgn baik..
Allah lebih sayangkan dia
Sejak dari lahir mmg berselirat penuh wayar..tak dapat nak peluk..terima kasih sayang mama berjuang melawan sakit2 untuk bersama mama papa selama 43 hari. Terima kasih untuk kenangan sementara yang adik bagi pada mama.. mama dah janji nk jaga anak istimewa mama baik2 tp Allah lebih sayang kan adik. Untuk putera hati permata hati mama Haris Mirza bin Muhammad suffian..
berlari2 la sayang main la dgn kawan2 adik d snaa..tiada lagi wayar2, tiada lagi jarum, tiada lagi mesin, tiada lagi oksigen..adik bebas dah sayang..mama sayang sangat kat adik terima kasih sgt2 adik kuat sangat..adik anak istimewa anak syurga anak baik..gembiralah sayang kat snaa..mama akan jumpa adik satu hari nanti..
Nurse pulangkan susu
Dalam keturunan saya dan husband ini la anak istimewa down syndrome yang pertama dalam family saya.. dah janji sama2 untuk menjaga dengan ikhlas dan nak bg kasih sayang dekat dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia lebih dari saya sayangkan dia..Ibu2 doakan saya kuat ..sedih..rindu dia..sangat-sangat rindu..pergilah sayangku mirza..damailah anak mama di sana..
Hari adik me nin ggal, nurse pulangkan susu yg adik tak sempat mnum. Takpa sayang..sana ada susu lagi sedap..minum banyak banyak tau.
Sumber : Aida Syahafiza Azmi via ohbulan
Sumber ‘Nurse Pulangkan Susu Yang Adik Tak Sempat Minum’ – Anak Kecil Ini Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir 43 Hari Selepas Lahir
0 Response to "‘Nurse Pulangkan Susu Yang Adik Tak Sempat Minum’ – Anak Kecil Ini Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir 43 Hari Selepas Lahir"
Post a Comment