Minta sedekah pun menggunakan pelaris juga ke sekarang ni? Bahaya betul!
Terbaru, satu operasi menangkap pemungut derma di sebuah pasar malam menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka.
“Dalam tabung ada tangkal. Berhati-hati bersedekah…” tulis 999 Malaysia di laman Twitternya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat sebentuk cincin dan beberapa gulung wang kertas yang diikat bersama sebungkus plastik mengandungi bahan berwarna putih yang mencurigakan.
Malah, terdapat sebungkus wang kerta dipercayai mata wang Thailand yang diikat dalam bentuk segi tiga.
Selain mengenakan jubah, penemuan itu secara tidak langsung telah mencalarkan imej agama Islam.
Pun begitu, segelintir netizen berpendapat mereka tidak bersalah, sebaliknya, ‘kepala’ mereka yang harus diburu dan dikenakan tindakan undang-undang!
Dalam masa sama, beberapa netizen menyifatkan penggunaan tangkal itu adalah bertujuan untuk menarik pemberi derma.
Alamak, Minta sedekah pun menggunakan pelaris juga ke sekarang ni? Bahaya betul!
Sumber: CARI forum
Sumber Minta sedekah pun menggunakan pelaris juga ke sekarang ni? Bahaya betul!
0 Response to "Minta sedekah pun menggunakan pelaris juga ke sekarang ni? Bahaya betul!"
Post a Comment