‘Mereka Sebenarnya Adalah Rakan Dan Dalam Perjalanan Pulang Selepas Menyambut Hari Jadi’
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi Ahad, sebuah kereta dilaporkan terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang. Di dalam video viral, kereta SUV putih dilihat dirempuh Toyota Vios sebelum berpusing.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan pemandu Vios yang berusia 21 tahun positif da dah jenis gan ja.
Pemandu Vios positif ga nja
Nik Ros Azhan berkata lagi, keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan malah pihaknya turut mengambil sampel dara h untuk mengetahui kandungan alko hol di dalam badan.
Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.
Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta.
Pemandu Toyota Vios yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kini dipindahkan ke sebuah hospital swasta dalam daerah Seberang Perai.
Mereka berdua adalah rakan
Tambah mengejutkan apabila pemandu SUV yang dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng dan pemandu Vios adalah rakan semenjak dari bangku sekolah.
Mereka hanya rakan biasa dan jarang menghabiskan masa berdua, tetapi kurang pasti bagaimana boleh bersama-sama terbabit dalam kemalangan, awal pagi, semalam.
Saya juga ada dengar dakwaan pemandu Toyota Vios itu sering terbabit dalam kemalangan sebelum ini.
Enggan mengulas lanjut, kakak ipar Moey memberitahu mereka berdua hanya rakan biasa dan tidak rapat.
Video viral
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan pulang dari menyambut hari jadi di sebuah kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.
Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang. Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dalam jarak seluas 2 batu nautika dari lokasi kejadian, membabitkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin.
Sumber : Berita Harian , Harian Metro via ohbulan
Sumber ‘Mereka Sebenarnya Adalah Rakan Dan Dalam Perjalanan Pulang Selepas Menyambut Hari Jadi’
0 Response to "‘Mereka Sebenarnya Adalah Rakan Dan Dalam Perjalanan Pulang Selepas Menyambut Hari Jadi’"
Post a Comment