Dalam sebuah kediaman, bilik air atau kamar mandi merupakan salah satu ruangan yang paling penting. Bak kata orang, kalau nak tahu individu itu pembersih atau tidak lihatlah bilik airnya.
Selain daripada kebersihan, ada sesetengah orang sangat mementingkan dekorasi supaya kamar mandi kelihatan lebih ceria dan menarik. Di sini kami nak kongsi cara make over bilik air lama menjadi baru hanya menggunakan cat.
Make over bilik air lama
---------------------------
MAKEOVER TOILET LAMA
---------------------------
Saya nak edit post asal saya, untuk update jenis cat yg betul2 untuk tiles. Post asal saya hanya guna cat biasa dan sealer sebab nak habiskan cat yg ada di rumah kami. Jadi saya akan delete gambar asal supaya tidak mendatangkan kekeliruan.
Memandangkan post ini telah sampai ke pihak Nippon, mereka telah suggest jenis cat yg betul dan tahan lama untuk digunakan di dlm bilik air atau dapur. Kawan2 boleh refer details pada gambar ye.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan, kawan2 boleh direct ke FB messenger Nippon Paint Malaysia.
Assalamualaikum semua, nak share dgn kawan2 yg nak makeover toilet lama dengan bajet ciput.
Kalau nak tukar tiles baru, confirm harga ribu2. Jadi kami makeover dgn mengecat + wallpaper. Jimat duit.
Tapi of course tukar tiles lebih tahan lama. Idea ni bagi mereka yg nak cepat dan kekurangan bajet seperti kami
Thank you encik husband Mohammad Adib bagi idea ni.
Siapa yg nak tiru tu boleh tengok step kat gambar ye. Selamat mencuba
Sebelum
Toilet rumah lama je, ni tandas masterbedroon belah atas. Yg mana ade lubang2 tu boleh tutup dulu dgn cement grout warna putih.
Rupa bila dh di cat. Lantai dan dinding cat, yg bercorak tu wallpaper.
SEBELUM untuk toilet bawah..sama juga..sebelum sapu cat boleh tutup dulu lubang dgn cement grout
Untuk toilet bawah kite cat ala2 nude color. Sama juga, lantai dan dinding putih semua cat. Yg bercorak tu wallpaper.
Jenis cat
Ini cat untuk tiles toilet. Cat EA9 hanya terdpt dalam 5Liter shj anggaran hrga RM180. Cat EA4 Finish untuk 1Liter anggaran RM50 bergantung kepada kedai dan warna yg kite nak
Ini cat untuk tiles yang jarang kena air cth spt di dapur. Cat Hycote hanya terdpt dalam 5Liter shj anggaran harga dia- 1L RM98.70, 5L RM359.10 Cat EA4 Finish untuk 1Liter anggaran RM50 bergantung kepada kedai dan warna yg kite nak
Saya sertakan sekali warna2 yg ada, boleh berangan2 dulu nak cat warna apa.
Hasil selepas
Sumber : Khairunnisa Baharin via ohbulan
Sumber Macam Tidak Percaya! Hanya Guna Cat, Ini Cara Makeover Bilik Air Lama Jadi Baru Dengan Bajet Rendah Dan Paling Senang
0 Response to "Macam Tidak Percaya! Hanya Guna Cat, Ini Cara Makeover Bilik Air Lama Jadi Baru Dengan Bajet Rendah Dan Paling Senang"
Post a Comment