Setiap ibu pasti ingin melakukan yang terbaik buat anak-anaknya. Walaupun sesuatu perkara itu dianggap pelik dan tidak wajar, namun selagi ada kepercayaan dan nasihat-nasihat orang lama yang meyakinkannya tentang perkara itu, tetap akan dilakukan mereka demi yang terbaik buat anak-anak. Seorang wanita di Facebook telah berkongsi satu cerita tentang tali pusat ketiga-tiga anaknya.
Gara-gara mempercayai kata-kata orang lama supaya menyimpan sama tali pusat anak-anak bagi mengelakkan mereka sering bergaduh, wanita ini akhirnya mengetahui bahawa cara tersebut adalah salah dan tidak elok. Malah jika dibiarkan lama-lama, boleh menjadi penarik kepada kehadiran mahkluk halus!
Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul
Menurut wanita ini, tali pusat anak memang wajar disimpan tetapi dengan cara tanam, bukannya diletakkan dalam uncang ataupun sebarang bekas kecil kerana khuatir akan mendatangkan masalah lain pula.
Jadi magnet kepada mahkluk-mahkluk halus
Katanya boleh buat ubat.. rupanya itu semua karut
Sunat disegerakan tanam
Sumber: Halimatulssaadiah Wan Jusoh
Kebiasaan amalan kita masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang tanggal akan disimpan elok-elok kan…
Alhamdulillah… Bila dah dewasa, makin belajar dan terus belajar sesuatu yang baru… Rupanya amalan masyarakat Melayu yang kita amalkan sejak sekian lama itu adalah amalan khurafat yang tiada dalam amalan hukum Islam…
Amalan Melayu lama seperti, simpan tali pusat adik beradik untuk elakkan bergaduh, ataupun jika anak sakit yang sukar sembuh boleh rendam tali pusat tu dan bagi minum… Ini adalah amalan khurafat yang boleh menjejaskan aqidah Islam…
Di dalam Islam, diSUNATkan menanam talu pusat yang jatuh di tempat yang baik, yang jauh dari gangguan binatang buas. Cara menanamnya pula adalah tidaklah seperti menanam uri, sebab tali pusat tu dah kering, maka boleh ditanam begitu sahaja asalkan tempat yg baik dan tiada gangguan binatang buas…
Jadi, selama ni kita memegang kepada hukum dan amalan yang salah… Oleh itu, wajar kita perbetulkan bila dah tahu kan… Nak simpan boleh, mungkin nak jadikan kenangan ke,tapi jangan percaya seperti kepercayaan orang dulu-dulu tu, boleh menjejaskan aqidah Islam.. NAUZUBILLAH…
Sumber : memori kini
Sumber Kumpul Tali Pusat Anak Konon Tak Bagi Gaduh? Rupanya Selama Ni Salah Simpan. Tak Sangka Akibatnya boleh Jadi Sampai Begini...
0 Response to "Kumpul Tali Pusat Anak Konon Tak Bagi Gaduh? Rupanya Selama Ni Salah Simpan. Tak Sangka Akibatnya boleh Jadi Sampai Begini..."
Post a Comment