“Kami Harap Masyarakat Masih Masih Boleh Terima Bakat Kami”
Terbaru dua finalis lagi, Faizni Fazreen dan Erni Nurshahira tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden video mabuk di kelab malam. Selain itu mereka berharap kejadian ini tidak lagi dibangkitkan.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan”
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku”
Dalam masa yang sama, Fazreen dan Erni menganggap apa yang berlaku punya hikmah tersendiri buat mereka. Bagaimanapun mereka berharap masyarakat masih menerima bakat mereka dalam industri Malaysia.
“Kepada followers kami berdua, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan kami. Untuk itu, kami berterima kasih. Diharap kalian semua masih boleh menerima bakat kami di dalam industri ini”
“Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka,” jelas mereka. (rtky/w)
“Kepada Yang Khianat, Saya Doakan Awak Tak Dikhinati”
Minggu lalu kecoh di media sosial mengenai kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam. Seperti yang diketahui, gelaran juara Dewi Remaja Haneesya Hanee telah ditarik balik, manakala Ernisha dan Fazreen tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’
Diantara ketiga-tiga peserta, Ernisha antara yang menjadi bualan hangat apabila penampilannya yang bertudung di dalam Dewi Remaja tetapi hanya mengenakan bikini bersama jaket dan memakai topi di kelab malam tersebut.
Terbaru, Ernisha memuat naik kenyataan permohonan maaf dan mengaku apa yang terjadi adalah kesilapannya sendiri. Ujarnya lagi, semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan akan berubah untuk menjadi insan lebih baik.
Dalam pada itu, Ernisha memaafkan ‘pengkhianat’ tersebut serta mendoakan agar individu itu tidak terkena perkara yang sama. Ujarnya lagi, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Biarpun dikecam teruk, ramai selebriti memberikan sokongan dan kata-kata positif buat mereka untuk terus bangkit untuk melakukan perubahan. Apa pun diharap ketiga-tiga mereka terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sumber : rotikaya
Sumber “Kami Harap Masyarakat Masih Masih Boleh Terima Bakat Kami”
0 Response to "“Kami Harap Masyarakat Masih Masih Boleh Terima Bakat Kami”"
Post a Comment