"Kalaulah Saya Jadi Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Tapi Saya Akan Bimbing" – Uncle Kentang
Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.
Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya betapa beliau kecewa dengan sikap segelitir pihak yang bertindak menghina golongan yang kurang bernasib baik. Catatannya itu ditulis untuk membuka mata pihak-pihak terlibat. Semoga kita sama-sama dapat membantu Uncle Kentang, memudahkan ramai orang.
KAMI PENGEMIS REZEKI TEPI JALAN……. KAMI TAK PANDAI BERTANDING POLITIK, KAMI BERTANDING DENGAN PANAS, HUJAN, HABUK SETIAP HARI DI TEPI JALAN… KAMI TIADA ADA OPIS YANG BERHAWA DINGIN…. KAMI TIDAK MINTAK SIMPATI…. TAPI KAMI MINTAK ADIL DARI SEGI AGAMA……
Kalau lah saya penguatkuasa, saya tak akan hukum. Saya bimbing. Sedih dalam Malaysia baru, gerai gerai tepi jalan kena angkut . Macik tu bertanding bukan di politik, bertanding dengan hujan, dengan panas, dengan habuk, dengan angin kencang yang pecahkan payung, bertanding masak bodoh kerana semua masakan tak dapat jual kerana hujan turun lebat…… bukan macam YB, kereta besar, sokongan rakyat yang kena tipu habis, YB boleh lah meeting di dalam ofis, hari hari keluar dalam TV entah cakap apa apa…… jaga YB, longkang mati akhirat tu dekat sangat…. jangan lah kau hina kami makcik gerai tepi jalan…..
kalau lah AKU BERAGAMA ISLAM, akan aku permudahkan lesen, bawa borang dan bantu makcik ini isi dan dan di gerai…. berikan geran bantuan kewangan untuk menaikkan bisness….. akan aku arahkan penguatkuasa lesen untuk bawa kerani kerani dalam opis tu turun padang, bawa segala cop cop pejabat dan mesin mesin untuk bayar dan bantu mereka dapatkan lesen….
BUKAN KAH AJARAN AGAMA SURUH KITA MEMPERMUDAHKAN…. MENGAPA KITA YANG BERAGAMA HARUS SEKSA MEREKA…. sediakan lori Majlis , truk majlis untuk bantu mereka pindah ke tempat yang sesuai kalau kita percaya tapak yang sediaada ganggu lalu lintas… adalah tanggung jawab kita sebagai orang yang beragama mencarikan tempat sesuai untuk mereka berniaga…. kalau anda robohkan gerai mereka, kau rampas barang mereka … adakah kau selidik latar belakang keluarga… adakah makcik patient dialysis, atau ada ahli keluarga terlantar, atau ada ahli keluarga yang sedang sakit ka nser…
adakah anak anak yang masih kecil masih sekolah dan perut lapar jalan kaki berbatu ke sekolah…. Ohhhh Tuhan ku….. kita semua beragama….. adakah kita fikir untuk mereka yang susah….. MULA HARI INI KITA UBAH….. TIADA GUNA KITA UBAH KERAJAAN KALAU PATTERN YB MASIH SAMA…. ATAU LEBIH TERUK DAN HANYA PANDAI MENGHUKUM…. MALU SAYA KERANA SAYA BELUM ISLAM…. Kerana saya lihat rata rata YB yang beragama macam tak fikir langusng mati…… MARILAH MARI LAH MARI LAH…. MATI ITU PALING DEKAT DENGAN MU…. TIDAK JAUH TU…. Kamu jadi YB dengan Izin Tuhan…. kalau Tuhan kata kamu accident hari ini, maka kamu accident dan terus lumpuh…
NAK ANGKUH APA…… MASA ITU BOSS POLITIK BESAR MU PUN TAK BOLEH BANTU MU…. MASA ITU LAH BOSS POLITIK BESAR MU TINGGALKAN MU…. KERANA KAMU SUDAH LUMPUH DAN TAK BERGUNA…. YANG MENGIRING MU, SAHABAT MU YANG SETIA, AHLI KELUARGA MU…. AMALAN MU…. SEGALA AMALAN BAIK MU PASTI AKAN HADIR BERSAMA MU…. MEREKA TAK LARI… DAN TUHAN AKAN BERSAMA MU…..
Marilah kita bantu makcik makcik gerai tepi jalan. pak cik pak cik yang saban hari duduk tepi jalan hanya untuk mencari sesuap nasi untuk cucu, anak anak dan kita sepak teranjang gerai mereka…. adakah kita tidak kejam?
RENUNG RENUNG LAH…. JANGAN KAU LUPA BAWA BERSAMA AGAMA MU KETIKA KAMU BERTUGAS…. DAN MENJALANKAN TUGAS DI TEPI JALAN…….
Sumber: Kuan Chee Heng via siakapkeli
Sumber "Kalaulah Saya Jadi Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Tapi Saya Akan Bimbing" – Uncle Kentang
0 Response to ""Kalaulah Saya Jadi Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Tapi Saya Akan Bimbing" – Uncle Kentang"
Post a Comment