"Habislah Kau, Nak" - Bapa Sengaja Bagi Nama Anak AA Biar Kena Duduk Depan Je Dalam Kelas


Berbeza dengan lelaki ini yang sengaja 'mencari pasal' dengan memberikan nama anaknya atas 'niat tertentu'

Baru-baru viral di laman sosial media tentang seorang bapa yang telah berfikiran jauh ke hadapan dalam memilih nama anaknya.





Mohamad Arif Mohamed Kasim sengaja meletakkan nama 'Airis Aurora' kepada anak sulungnya agar dia terpaksa duduk di meja hadapan setiap kali peperiksaan utama di zaman persekolahannya kelak.

Menurut laporan MStar, Arif berkata, "Saya pilih nama mula huruf A agar urusan dia akan lebih mudah di sekolah nanti."

"Kebiasaannya pengawas peperiksaan akan ramai di depan. Dari situ dia akan jujur dan apa yang diusahakan masa belajar di kelas itulah yang dibawa semasa masuk ke dewan peperiksaan nanti," tambahnya lagi yang juga merupakan peminat tegar permainan Mobile Legend.

Walaupun begitu, nama yang diberikan kepada puteri sulungnya itu tetap cantik dan mempunyai makna yang tersendiri



"Airis bermaksud bunga manakala Aurora pula diambil sempena nama hero Mobile Legend," jelas bapa berusia 25 tahun itu.

Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengenai idea nama tersebut, Arif berkata dia terpanggil untuk menamakan anaknya bermula dengan huruf A berdasarkan pengalamannya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah sekolah.

"Setiap kali keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan, nama yang bermula huruf A akan berada di atas sekali. Jadi saya tak perlu tengok satu-satu nama yang ada sebab nama anak saya akan berada di atas sekali. Saya hanya perlu pandang arah atas sahaja," jelasnya.



Pada masa yang sama Arif juga berkata yang memberikan nama anaknya dengan huruf A bakal memudahkan urusan dia mengambil kad laporan kelas anaknya nanti.

Katanya, "Kebiasaannya ibu bapa akan datang ke sekolah untuk tandatangan kad laporan. Jadi saya tak perlu tunggu lama kerana anak saya akan dipanggil awal."

Wah, menarik sungguh idea bapa Airis Aurora ni!

Bukan sahaja kisah ini menarik bahkan turut menggelikan hati apabila ibu kepada bayi tersebut 'terkilan' kerana langsung tidak mendapat pengiktirafan

Ekoran tularnya kisah ini, isteri kepada Arif iaitu Lia Najihah telah menulis satu tweet meluahkan ke'kesal'annya.



Sumber : says.com

Sumber "Habislah Kau, Nak" - Bapa Sengaja Bagi Nama Anak AA Biar Kena Duduk Depan Je Dalam Kelas

0 Response to ""Habislah Kau, Nak" - Bapa Sengaja Bagi Nama Anak AA Biar Kena Duduk Depan Je Dalam Kelas"

Post a Comment