Orang yang duk menghina dan memperlekeh institusi monarki ni, mereka tak sedar sebenarnya kehidupan, kebebasan dan keselamatan (life, liberty and security) mereka ialah hasil kewujudan institusi yang dibenci olehnya.
Dalam dunia ini, kedaulatan (sovereignty) kerajaan secara kasar terbahagi kepada tiga jenis: kedaulatan tuhan, kedaulatan raja dan kedaulatan rakyat.
Kedaulatan tuhan itu teokrasi, kedaulatan raja itu monarki, kedaulatan rakyat itu republik.
Teokrasi hanya sesuai bagi negara yang mempunyai penduduk yang sama dari segi agama, manakala republik lebih sesuai kepada negara di mana penduduknya telah pun memiliki identiti kebangsaan yang sama.
Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya ni, kalau ada satu majoriti yang “absolute” (contoh macam Singapura), baru boleh jalan dia punya sistem republik. Tapi harganya: tiada jaminan hak kepada golongan minoriti, “wish and whims” majoriti jadi penentu.
Kalau negara itu mempunyai beberapa kelompok bangsa yang lebih kurang dari segi saiz (macam Iraq, Afghanistan), lagi teruk. Pasti akan berlaku “bloodbath” (mandi darah) kerana masing-masing ingin mencapai dominasi. Itu sebabnya negara-negara tersebut tidak lagi mengenal erti keamanan sejak kejatuhan monarki masing-masing pada tahun 1958 dan 1973.
Keadaan di mana pelbagai kelompok bangsa boleh hidup dalam gaya hidup masing-masing, tanpa perlunya satu identiti kebangsaan “satu bahasa, satu bangsa, satu negara” hanya mungkin berlaku di bawah sistem monarki. Seperti di Uthmaniyyah yang mengamalkan sistem “millet” sebelum abad ke-20.
Sebab raja boleh bertindak sebagai penimbang tara antara pelbagai kaum. Kau Arab ke, Turki ke, Kurd ke, Armenia ke, selagi kau bersumpah setia kepada raja, hak engkau akan terpelihara. Kau ialah “faithful subject” kepada pemerintah, bukan kepada “the people”. “The People” tiada hak ke atas kau.
Itu sebabnya konsep “liberty” timbul di England selepas Magna Carta iaitu perjanjian antara raja dan pembesar di England pada tahun 1215 yang menggariskan beberapa hak asasi rakyat (subject). Selagi raja melindungi hak-hak tersebut, maka raja mempunyai keabsahan (legitimacy) untuk memerintah.
Dalam konteks kita, “waad” antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun ialah kita punya Magna Carta, dan ia diteruskan sehingga hari ini. British dan golongan kiri pernah cuba mewujudkan something “Malayan identity”, tetapi digagalkan, bukan saja oleh orang Melayu malah oleh orang bukan Melayu kerana masing-masing ingin protect their own way of life.
Dulu selepas Revolusi Xinhai (1911) di China dan pembentukan Republik China, ada juga gerakan untuk mengembalikan monarki dengan menabalkan Yuan Shikai. Idea itu bukan datang dari konservatif China semata-mata tapi oleh Frank Johnson Goodnow, ahli sains politik US. Konteks China yang berbilang kaum (ada Han, Hui, Mongol, Manchuria, Tibet, Uyghur) perlu ada seorang raja sebagai pengadil, kalau tidak maka jadilah “hegemoni Han” yang membawa kepada penindasan kaum minoriti, seperti yang berlaku pada hari ini.
Kau bayangkan apa akan jadi kalau negeri-negeri Tanah Melayu bertukar jadi republik. Jadi macam Myanmar. Orang Bamar nak memaksa minoriti tukar identiti mereka, yang Shan dan Karen pula tak puas hati bangkit melawan. Tak adalah kau hidup selesa pada hari ini duk mengutuk dan merepek kat Internet.
Jadi, nak pilih sistem monarki atau republik ni bukan one fine day kau bangun dari tidur pastu kau terfikir “ahh aku nak try republik lah” dan kau buat revolusi gitu. Kau kena ambil kira konteks masyarakat, sosioekonomi dan mengambil pendekatan “mudarat paling ringan”, dan paling penting, memahami asal usul sesuatu benda sebelum mengejinya.
0 Response to "Amaran Kami Kepada Para Pembenci Monarki – Baca Artikel Ini Dan Jangan Lari!"
Post a Comment