‘Allah tolong selesaikan hutang RM1 juta saya…’ – Puan Sheda



WANITA murah senyuman, Norsahida Mohamad Said yang lebih dikenal mesra dengan nama Puan Sheda Said pernah mengalami kejatuhan dalam bisnes yang membuatkan dia berhutang sebanyak RM1 juta.

Namun, berkat bantuan daripada Allah dan usahanya, beliau kembali bangkit dan berjaya melangsaikan semua hutangnya itu.

Ini panduan dari Pengasas La Mamma dan Jus Sengat Dara bagaimana keyakinannya pada Allah akhirnya membuka jalan penyelesaian hutang yang tinggi menggunung.

Cara ini juga boleh dipraktik buat usahawan lain yang ketika ini berdepan masalah hutang. Ini tips daripada Puan Sheda

Cara Puan Sheda selesaikan hutang RM1 juta



Sedikit saya simpulkan bila saya jatuh terduduk, tersembam, tergolek pada tahun 2003-2008 (jatuh dalam bisnes dan ada hutang satu juta) :

Bertenang. Lapangkan fikiran. Jika jiwa kacau dan kalut susah nak nampak jalan keluar.
Bincang dengan pasangan. Jangan bersendirian.
Cut cost apa yang tak perlu. Senaraikan komitmen bulanan yang perlu sahaja.
Senaraikan juga semua hutang dan contact person.
Jangan lari atau berdiam diri. Deal dengan supplier, mahkamah, bank untuk bayaran ansuran ikut kemampuan.

Cari jalan untuk dapat income. Saya buat muka tebal, buang rasa malu pergi berniaga pasar pagi, pasar malam. Angkut anak kecik sekali.
Cari peluang untuk tambah pendapatan dengan keluarkan kos atau tanpa kos.
Ikat perut dan tahan nafsu membeli apa jua kehendak.
Menyimpan walaupun sedikit. Lama lama jadi bukit.
Elak diri bergaul dengan orang. Tujuannya untuk jaga hati sendiri. Sebab kebanyakan mereka suka tengok kita jatuh dan akan mengata kita.



Ujian Tuhan untuk mereka yang Kental!

Semoga dapat sesuatu kepada yang sedang mengalami fasa kejatuhan.

Ingat satu perkara saja. Jika hari ini, awak di bawah tidak selamanya awak akan dibawah. One fine day, awak akan naik juga ke atas.

Ini adalah salah satu cara Allah tunjukkan kasih sayangNya. Bersabar dan terus mohon petunjuk dariNya, Allah yang Maha Baik

Semoga dengan 10 saranan yang beliau kongsikan ini membantu para usahawan selesaikan hutang yang barangkali ketika ini membelenggu anda. Ingatlah tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Janganlah sampai berputus asa dengan ujian Allah.

Sumber : cempedakcheese.com

Sumber ‘Allah tolong selesaikan hutang RM1 juta saya…’ – Puan Sheda

0 Response to "‘Allah tolong selesaikan hutang RM1 juta saya…’ – Puan Sheda"

Post a Comment