(4 Gambar) Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata, Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji



Siapa sangka, saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni…

Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah, 18, apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian menyayat hati itu.



Menurut Harian Metro, Zulfianshah dan ibunya, Halilah Mat Musa, 53, baru saja selesai urusan di pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Segambut Dalam.

Ketika mendekati lokasi kejadian, Zulfianshah yang menunggang motosikal Modenas Jaguh dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Pahang itu berada di lorong kiri. Dia kemudian masuk ke lorong kanan kerana cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari susur Institut Jantung Negara (IJN).

Disebabkan itu, motosikal ditunggang berg3sel dengan lori menyebabkan kedua-duanya terjatuh. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya,

“Ketika motosikal itu mengelak masuk ke lorong kanan, kenderaan itu bergesel dengan lori menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh sebelum wanita itu digilis lori yang tidak berhenti dan meneruskan perjalanan sejurus kejadian.



Halilah disahkan maaut di lokasi kejadian akibat p@rah di kepala makakala Zulfianshah hanya cedera ringan. Namun, suasana bertukar menjadi pilu apabila anak muda itu tidak dapat menahan hiba ketika duduk di sisi j3nazah ibunya.

Orang awam yang melihat Zulfianshah menangis dan tidak dapat kawal perasaan cuba mententeramkannya. Yela, siapa tak sedih kalau jadi depan mata….

Pihak polis meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian tersebut untuk tampil memberi maklumat.

“Pemandu kereta dan lori terbabit dalam kejadian juga diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(C) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”



DOA UNTUK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL

Soalan: Apakah terdapat doa-doa yang thabit daripada Nabi SAW tentang doa kepada ibubapa yang telah meninggal dunia?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui ajal dan ajal itu tidak akan cepat atau lambat walau sesaat pun. Apabila terpisahnya roh daripada jasad maka ia juga sebenarnya telah terpisah daripada alam dunia. Dengan itu, segala perkara atau amalannya ketika di dunia akan terputus daripadanya melainkan tiga perkara berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Imam Muslim:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Imam al-Nawawi mengatakan para ulama memahami hadith ini dengan mengatakan bahawa amalan si mati akan terputus dengan kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya melainkan pada tiga perkara ini. [Lihat: al-Minhaj: 85/11]

Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh seseorang anak dalam mendoakan arwah ibu dan bapanya. Di sini, kami nukilkan beberapa doa yang diajar oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran:

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”

Firman Allah SWT:

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Nuh:28

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”

Tambahan pula, di dalam berdoa terdapat keluasan selagimana doa atau makna doa itu adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama maka ia dibenarkan di samping tidak menafikan bahawa doa yang terbaik adalah doa yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW yang sahih. Di samping itu juga, doa yang terbaik juga adalah doa yang difahami dan tidak semestinya di dalam bahasa arab. Ini kerana, jika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.

Penutup

Kesimpulannya, seseorang itu boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun kepada ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia dengan syarat doa tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama serta makna doa itu baik. Selain itu juga, seseorang itu perlulah meraikan adab-adab ketika berdoa agar ia boleh mendatangkan kekhusyukan ketika berdoa.

Semoga roh ibu dan bapa yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. Amin.

Wallahua’lam


kredit : theklasik.com

Sumber (4 Gambar) Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata, Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

0 Response to "(4 Gambar) Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata, Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji"

Post a Comment