Sudah habis madu, sepah dibuang - Sudah dapat kekasih hati baru, awek cendol tayang kebahagiaan duniawi di Instagram...
Meskipun tidak memiliki sebarang bakat untuk dibanggakan, namun populariti yang dimiliki oleh gadis yang bergelar Awek Cendol ini setaraf dengan artis popular.
Video beliau yang merengek manja meminta cendol daripada teman lelakinya pernah menjadi ikutan di media sosial suatu ketika dahulu telah menjadikan beliau terkenal serta-merta. Sering kali dilihat kemana-mana bersama dengan teman lelakinya, ramai yang meramalkan perhubungan mereka itu bakal berakhir ke jinjang pelamin pada suatu hari nanti.
Namun, baru-baru ini, terdapat desas-desus di media sosial yang mengatakan perhubungan Nija dengan teman lelakinya itu telah pun berakhir apabila kedua-dua mereka memilih untuk memutuskan perhubungan mereka itu.
Ramai yang menyalahkan Nija kerana berlaku curang selepas menjadi seorang public figure kerana sudah memiliki pendapatannya sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada bekas teman lelakinya setelah dirinya itu menjadi semakin terkenal.
Namun menurut beberapa orang netizen yang lain, punca sebenar perhubungan mereka itu berakhir adalah disebabkan oleh sikap curang bekas teman lelakinya yang bermain kayu tiga dengan kawan baik Nija sendiri.
Menerusi Instagramnya, Nija telah memuat naik di Insta Story gambar beliau bersama dengan seorang lelaki yang dipecayai kekasih barunya itu telah diambil di Langkawi ketika kedua-dua pasangan ini bercuti ke pulau itu baru-baru ini.
Gambar mesra Nija dengan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Izzat itu telah menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan dia sudah pun memiliki teman lelaki yang baru.
Setakat ini tidak dapat dipastikan punca sebenar berakhirnya hubungan cinta mereka itu. Namun pemeriksaan kami di laman Instagram Nija telah mendapati dia telah membuang ke semua gambar beliau bersama dengan teman lelakinya itu.
Sama ada benar atau tidak, kita sama-sama nantikan pengumuman daripada Awek Cendol itu sendiri.
Sumber : Twitter via ohmymedia
sumber artikel : https://ift.tt/2MhfUXb
Sumber Sudah habis madu, sepah dibuang - Sudah dapat kekasih hati baru, awek cendol tayang kebahagiaan duniawi di Instagram...
0 Response to "Sudah habis madu, sepah dibuang - Sudah dapat kekasih hati baru, awek cendol tayang kebahagiaan duniawi di Instagram..."
Post a Comment