Sangatlah AWESOME!! Khasiat Bunga Telang Dan 6 Resepi Homemade Mudah Dan Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ini.Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Bukan?



Bunganya yang berwarna biru terang sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian Nasi Kerabu. Jika dahulu, bunga ini tidak dipedulikan dan hanya digunakan dalam masakan yang terhad namun kini, ia kembali mendapat perhatian.

Ia bukan sahaja berguna dari segi mewarnakan makanan malah turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan.

 KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG



1. MENGUBATI BISUL

Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul. Ulang beberapa kali hingga bisul kecut.
2. MENAJAMKAN PENGLIHATAN

Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih enak, boleh dicampur bersama sedikit gula.
3. BANTU CUCI DARAH

Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semulajadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.
4. BAGUS UNTUK DETOKSIFIKASI

Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.
5. MENGATASI STRES

Bunga telang juga dikatakan boleh mengatasi masalah stres. Kandungan anti depresi yang ada pada bunga ini mampu memberikan rasa tenang dan meredakan tekanan yang dialami.
6. TINGKATKAN KEKUATAN OTAK

Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam meningkatkan memori. Malah bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.


Jadi bila dah tahu khasiat bunga telang ni, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian. Antara yang boleh dicuba ialah enam resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ni. Sangat mudah dan enak. Jom cuba!

  1. ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH MANIS



BAHAN ROTI JALA:

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan air rebusan bunga telang
2 sudu makan minyak sayur
2 biji putih telur
Secubit garam
KUAH MANIS:

1 1/2 cawan santan
1/4 cawan gula
1/4 cawan gula merah
1 sudu makan tepung gandum + 2 sudu makan air | bancuh
2 helai daun pandan | siat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:

Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya.
Sedia dihidangkan bersama roti jala.


 2. PULUT TELANG SERUNDING



BAHAN PULUT:

400gm pulut
1 cawan air rendaman bunga telang  | 30 kuntum bunga telang direbus & tapis
1/2  cawan santan pekat
Garam secukupnya
BAHAN SERUNDING:

200gm daging | dadu kecil, rebus empuk & goreng garing
150gm udang kering | rendam dan tumbuk halus
1 biji kelapa parut | ambil putihnya
5 biji cili merah
1 batang serai  | mayang halus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/4 inci belacan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:

Pulut direndam dengan air rendaman bunga telang dan air secukupnya selama sejam.
Kukus hingga separuh masak.
Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga masak.
Untuk membuat serunding; tumis bahan-bahan kisar, belacan dan udang kering hingga naik bau.
Masukkan serai, serbuk kunyit dan kelapa parut lalu tumis lagi.
Masukkan daging yang telah digoreng.
Tambah garam dan gula. Tumis hingga serunding agak garing.
Hidangkan pulut telang bersama serunding tadi.


3. NASI TELANG ULAM SAMBAL THAI



BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras
2 cawan air rebusan bunga telang | 20 kuntum bunga telang direbus dan ditapis
1 cawan air
Garam secukup rasa
BAHAN ULAM:

Daun pegaga
Daun selom
Daun Selaseh
Ulam Raja
Kacang Panjang
Taugeh
Kobis
Cili merah
Bunga kantan
BAHAN SAMBAL TAHAI

100gm ikan tahai (boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis) – bersihkan
4 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bwang putih  | kisar
1 labu bawang besar | mayang
1 sudu makan air asam jawa
1 inci belacan
Garam dan gula secukupnya
2 sudu makan minyak  masak
CARA MEMASAK:

Untuk masak nasi. Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga tanak.
Kacau sekali-sekali supaya masak sekata.
Semua bahan ulam dihiris dan ketepikan.
Sementara itu sediakan sambal Tahai.
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan belacan bersama air asam jawa. Tumis lagi.
Seterusnya masukkan ikan Tahai, hirisan bawang besar dan sedikit air.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Cara menghidang, gaulkan nasi dengan bahan ulam hingga rata. Kemudian hidangkan bersama sambal ikan Tahai.


4. MI TELANG BERKUAH DAGING



BAHAN A:

1 peket mi beras kering  | warna putih
2 cawan air rebusan bunga telang | menggunakan lebih kurang 40 kuntum bunga telang
2 pokok sawi | potong kecil & celur
2 biji cili merah | hiris nipis
2 biji limau kasturi /limau/lemon | belah dua | untuk diperah
Telur rebus | belah dua
BAHAN B:

1kg tulang | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang
400gram daging | cincang kecil dan rebus empuk
2 biji ubi keledek | rebus dan kisar halus
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
6 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2sm halia | kisar
Garam dan gula perang secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:

Mi beras kering direndam dalam air rebusan telang selama beberapa jam (hingga warna putih bertukar menjadi biru). Celur dan toskan.
Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
Kemudian, masukkan sos tomato, daging cincang yang telah direbus, air rebusan tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang; letakkan mi telang bersama serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah ke dalam mangkuk. Hidangkan panas.


5. BIHUN TELANG GORENG



BAHAN-BAHAN:

200gm bihun | rendam dalam air rebusan 30 kuntum bunga telang
100gm isi ayam | cincang
6 ulas bawang putih |  tumbuk halus
2 biji kek ikan | potong kecil
1/4 biji kubis | hiris halus
1 biji lobak merah | parut halus
4 tangkai daun kucai | potong pendek
1 suu makan chilli flakes
1 sudu makan udang kering |  rendam dan tumbuk halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

Rendam bihun dalam air rebusan bunga telang selama sejam kemudian toskan.
Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.
Masukkan ayam, kek ikan dan lada hitam ke dalam kuali. Tumis beberapa minit.
Masukkan bihun dan chilli flakes lalu gaul sebati.
Masukkan kucai, lobak merah dan kubis.
Goreng hingga semua bahan lembut dan masak.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Jika suka, tambah bawang goreng dan hirisan cili merah ketika menghidang.

sumber : https://ift.tt/2MaMudQ


Sumber Sangatlah AWESOME!! Khasiat Bunga Telang Dan 6 Resepi Homemade Mudah Dan Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ini.Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Bukan?

0 Response to "Sangatlah AWESOME!! Khasiat Bunga Telang Dan 6 Resepi Homemade Mudah Dan Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ini.Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Bukan?"

Post a Comment