Rakyat malaysia baru jangan sesekali diskriminasi golongan transgender, kami juga manusia seperti anda - Nisha Ayub
Golongan transgender meminta untuk tidak di diskrminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama seperti rakyat Malaysia yang lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata perkara berkenaan diluahkan Nisha Ayub, yang mewakili golongan transgender, pada pertemuan berlangsung di pejabat menteri berkenaan di sini hari ini.
Mujahid berkata pertemuan dijalankan susulan isu penurunan gambar Nisha yang dipamerkan pada Festival Georgetown di Pulau Pinang itu juga membuka ruang bagi pihaknya mendekati golongan berkenaan.
"Menurut Nisha, beliau tidak mengetahui gambarnya dipamerkan di Festival tersebut (sehinggalah perkara itu tular) dan beliau menegaskan beliau bukanlah daripada kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) atau aktivis malah tidak suka dilabelkan sebagai LGBT," katanya kepada media di sini hari ini.
Mujahid berkata pada pertemuan tersebut, Nisha menceritakan mengenai diskriminasi yang dihadapi golongan itu terutamanya ketika di kawasan awam dan tempat kerja.
"Golongan transgender tidak menuntut untuk perkahwinan sesama jenis, yang minta adalah LGBT...oleh itu kasihan kerana mereka ditindas di tempat kerja dan ketika ke klinik mereka tidak mendapat layanan sewajar yang akhirnya mereka tidak bekerja lalu terjebak menjadi pekerja se ks," katanya.
Menteri hal ehwal agama itu berkata menurut kajian, 80 peratus golongan transgender terjebak dalam aktiviti pelac uran.
“Berikan mereka peluang kerana mereka juga warganegara, dan mereka mahu menyumbang dan menjadi sama seperti orang lain untuk pergi ke sekolah, mendapat akses sama rata terhadap kesihatan, bahkan untuk beribadah dan pergi ke mana-mana tempat awam,” katanya. -Bernama
Sumber Rakyat malaysia baru jangan sesekali diskriminasi golongan transgender, kami juga manusia seperti anda - Nisha Ayub
0 Response to "Rakyat malaysia baru jangan sesekali diskriminasi golongan transgender, kami juga manusia seperti anda - Nisha Ayub"
Post a Comment