Pelakon Cantik Diana Rafar Ajak Peminat Amalkan 7 Zikir Menjemput Rezeki Tanpa Disangka-sangka, Insha Allah...



Perkongsian 7 zikir ini Diana Rafar tulis di status instagramnya. Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan seharian. Tambahnya, in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki datang tanpa disangka-sangka.

Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan iri hati dan dengki. Dari situlah kebahagiaan hati akan terserlah menerusi wajah indah berseri-seri. Jom semak cara menjemput rezeki suami isteri ini.

Kalau diamalkan berdua tentu lebih murah dan lapang rezeki dan keberkatannya.


7 Zikir Yang Diana Rafar Amalkan

1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)



5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Harian Menjemput Rezeki



Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan
kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.

Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Sumber/Foto : Instagram Diana Rafar

Sumber Pelakon Cantik Diana Rafar Ajak Peminat Amalkan 7 Zikir Menjemput Rezeki Tanpa Disangka-sangka, Insha Allah...

0 Response to "Pelakon Cantik Diana Rafar Ajak Peminat Amalkan 7 Zikir Menjemput Rezeki Tanpa Disangka-sangka, Insha Allah..."

Post a Comment