"Lucu Sangat Ke Sampai Mainkan Agama?" - Netizen Kritik Pasangan Samtilla, Apa Lagi Yang Samtilla Buat Kali Ni?
Pasangan romantis Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sering menghiburkan peminat dengan aksi lucu mereka di media sosial. Malah, tidak salah untuk mengatakan anak mereka turut mempunyai bakat sama apabila sering menjadi bahan jenaka ibunya.
Walaupun apa yang dipamerkan tidak mempunyai maksud tersirat dan hanya hiburan semata-mata, netizen nampaknya tidak memandang enteng perkara tertentu.
Baru-baru ini, Sam memuat naik foto aksi isterinya yang sedang memandangnya dalam keadaan isterinya menutup sebahagian wajahnya menggunakan turban.
Bagaimanapun, netizen yang melihat aksi itu berasa tidak senang hati. Perbuatan Sam dan isterinya itu dikatakan umpama mempersendakan agama.
Isu itu mula tercetus apabila seorang netizen mengaitkan isu sebelum ini yang mana Syatilla dikatakan tidak mengenakan hijab dengan sempurna dan mendapat kecaman netizen. Muat naik itu dibanjiri komen netizen yang mahu Samtilla menutup sebahagian rambutnya yang terdedah.
Berikutan itu, netizen menganggap foto terkini adalah bertujuan untuk menyindir netizen dan dalam masa sama mempersendakan agama.
Tidak tahulah di mana mempersendakan agama yang dimaksudkan netizen. Mungkin mereka adalah orang sama yang pernah membanjiri Instagram Syatilla mengenai isu terdahulu, kemudian berasa 'sentap' seolah-olah foto terbaru itu menyindir mereka.
Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Apa kata selepas ini, netizen melihat dari sudut positif pula. Lihat keakraban pasangan bahagian ini dan jadikannya inspirasi. Boleh, kan? - CARI
Sumber "Lucu Sangat Ke Sampai Mainkan Agama?" - Netizen Kritik Pasangan Samtilla, Apa Lagi Yang Samtilla Buat Kali Ni?
0 Response to ""Lucu Sangat Ke Sampai Mainkan Agama?" - Netizen Kritik Pasangan Samtilla, Apa Lagi Yang Samtilla Buat Kali Ni?"
Post a Comment