Dah banyak halia dalam peti sejuk yang kena buang sebab dah lama. Tapi sayang la pula. Oleh itu, apa kata anda tanam semula halia yang lama supaya dapat tumbuh pokok halia yang baru? Tak payah jauh-jauh, belakang rumah pun dah boleh tanam. Nanti nak guna tak perlu lagi ke kedai untuk beli halia.
TANAM HALIA DEKAT RUMAH JE
Ada ramai orang di luar sana punya halia yang berbaki dalam peti ais. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya. Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.
1. Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia.
2. Kemudian potong potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh.
3. Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada.
4. Kemudian keringkan.
5. Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah.
6. Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
7. Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
8. Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total)
9. Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba. Tanam halia ye.
*Haa, dah tak payah beli dah halia dekat kedai, silap haribulan dah boleh jual ni!
Sumber: Hafizul Hakim
sumber artikel : https://ift.tt/2P4xUCy
Sumber Halia Lama Yang Dalam Peti Ais Jangalah Dibuang, Sebenarnya Boleh Ditanam Semula Tau, Begini Cara Paling Senang Nak Menanamnya Dari Rumah..
0 Response to "Halia Lama Yang Dalam Peti Ais Jangalah Dibuang, Sebenarnya Boleh Ditanam Semula Tau, Begini Cara Paling Senang Nak Menanamnya Dari Rumah.."
Post a Comment