Fougasse: Ahli Propaganda British

Mengekalkan keamanan adalah perang yang tidak berpenghujung. Maintaining peace is a perpetual war.

Semasa Perang Dunia Kedua, seorang kartunis British terkenal bernama Cyril Kenneth Bird atau nama penanya Fougasse (17 Disember 1887 – 11 Jun 1965) telah memainkan peranannya di dalam propaganda British yang ketika itu terlibat di dalam peperangan melawan Nazi Jerman dan Hitler.

Pernah berkhidmat sebagai anggota tentera dan cedera semasa Perang Dunia Pertama, beliau kembali berkhidmat untuk Kementerian Maklumat British melukis beberapa siri poster propaganda di dalam siri kempen yang dinamakan “Careless Talk Costs Lives” (Cakap Lepas Nyawa Melayang).

Kempen ini mensasarkan penjawat awam, anggota tentera termasuk pimpinan tertinggi kerajaan dan menteri untuk lebih berhati-berhati ketika bercakap dan ebrbicara tentang selok belok pasukan keselamatan, aset-aset ketenteraan juga pergerakan ketenteraan ketika operasi dan di medan perang sepanjang kancah Perang Dunia Kedua.

Fougasse bekerja tanpa gaji sepanjang tempoh beliau memberi khidmat seninya untuk menjayakan kempen ini. Untuk itu, beliau telah dianugerahkan Commander of the Order of the British Empire pada tahun 1946.

Di bawah adalah antara beberapa poster dari siri kempen tersebut. Poster ini bercakap mengenai kecauaian seperti mendedahkan aset pertahanan negara, dan rahsia-rahsia yang berkaitan akan mengancam keselamatan negara.

Dalam perang atau aman, menyebut dan berbicara tentang selok belok aset ketenteraan atau keselamatan negara adalah satu yang perlu dielakkan, tak kira di mana atau pada masa bila pun, apatah lagi jika yang menyebut tentangnya salah seorang pemimpin tertinggi negara yang menjaga dan mengawal selok belok keselamatan negara.

Kerana tiada siapa pun yang dapat memastikan telinga mana yang mendengar dan mata dari mana yang melihat kelemahan dan peluang mengganggu gugat kedaulatan negara.

Keselamatan dan kedaulatan negara sewajarnya mendepani semua bentuk kiblat politik dan ideologi.

0 Response to "Fougasse: Ahli Propaganda British"

Post a Comment