Doktor wanita ini diserang bertalu-talu golongan LGBT selepas tulis surat terbuka pada Marina Mahathir



Antara aktivis yang lantang menyuarakan sokongan mereka pada golongan Lesbian, G ay, Bise ksual dan Transg ender (LGBT) adalah anak perempuan kepada Perdana Menteri kita, Marina Mahathir.

Memandangkan isu LGBT ini boleh menjadi sebagai barah di dalam masyarakat, seorang doktor perubatan telah terpanggil ke hadapan untuk menyuarakan pendapat beliau mengenai isu ini.

Dr. Nur Ilyani Mohamed yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II itu telah menulis sebuah surat terbuka kepada Marina di Facebook beliau pada 6 Ogos yang lepas.

Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir

Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan se ks bebas apatah lagi songsang.

Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.

Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.

Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini. Na’uzubillah.

Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Setelah ianya jadi tular, surat terbuka itu kemudiannya telah dipadamkan oleh Facebook selepas ianya menerima laporan daripada netizen, khususnya golongan LGBT yang mengecam tindakan doktor itu menyuarakan pendapat beliau secara terbuka di media sosial.




Selain menerima kecaman, terdapat ramai juga yang mempertikaikan kredibiliti Dr. Ilyani sebagai doktor perubatan dengan meminta beliau mengemukan bukti yang beliau benar-benar seorang doktor.



Meskipun teruk dikecam, namun terdapat ramai netizen lagi yang menyokong penuh kenyataan beliau itu berkenaan LGBT dengan menyatakan sokongan mereka kepada Dr. Ilyani.



sumber artikel : https://ift.tt/2w0dGAZ

Sumber Doktor wanita ini diserang bertalu-talu golongan LGBT selepas tulis surat terbuka pada Marina Mahathir

0 Response to "Doktor wanita ini diserang bertalu-talu golongan LGBT selepas tulis surat terbuka pada Marina Mahathir"

Post a Comment