Jika anda bermain permainan video Final Fantasy ataupun mana-mana permainan video berkaitan dengan francais Final Fantasy, anda mesti akan kenal salah satu spesis yang muncul di setiap siri Final Fantasy (kecuali Final Fantasy I). Spesis ini adalah salah satu “pengangkutan” kepada watak utama dalam permainan video ini dan memudahkan kita nak ke mana-mana kerana sebaik sahaja kita naik haiwan ini, kita tidak perlu melawan musuh di “outside”. Malah ia juga digunakan dalam “summon” atau “racing”. Apa yang saya cakapkan sekarang adalah tidak lain dan tidak bukan, Chocobo.
Chocobo ialah sejenis haiwan seperti burung Prehistoric Gastornis. Ia direka oleh Koichi Ishii, pengarah video game yang juga pernah mengarah berbererapa game siri Final Fantasy. Hiromichi Tanaka membuat andian bahawa nama Chocobo ini diambil dari salah satu gula-gula coklat Jepun yang dari iklan kartun animasi Jepun dari Morinaga and Co yang dinamakan Kyorochan.
Dalam iklan tersebut, Kyorochan membuat bunyi “Kweeh!” (Ia adalah bunyi Chocobo yang pertama diperkenalkan di Final Fantasy IX (9)) mereka (syatikat Morinaga and Co) mengeluarkan coklat berbentuk Kyrochan yang digelar “Chocobo’s Chocoball”.
Menurut bekas Produser Final Fantasy, Hinorobu Sakaguchi, Chocobo ini diinspirasikan oleh salah satu animasi kartun semasa beliau membuat game Final Fantasy I, beliau menonton dan membaca kartun Jepun yang bertajuk Nausicaa of the Valley Of The Wind, karya Hayao Miyazaki.
Dalam animasi itu, ada satu watak haiwan yang bernama Horseclaws, yang rupayanya hampir sama seperti Chocobo sekarang cuma bezanya, paruhnya besar dan ia menyerupai seperti unta. Ini adalah sumber inspirasi beliau untuk membuat haiwan dalam siri Final Fantasy yang tugasnya menjadi salah satu watak sampingan dalam siri game ini.
Penampilan pertama Chocobo ialah dalam Final Fantasy II (2) yang pada mulanya ia hanya berfungsi sebagai kenderaan darat kepada watak-watak untuk pergi dari bandar ke bandar dan pada siri-siri yang seterusnya, Chocobo mempunyai fungsi yang lebih berbanding hanya menjadi kenderaan kepada watak utama sahaja, seperti ia boleh berubah warna, menjadi summon dan juga digunakan untuk racing dan mencari harta karun malah ia juga boleh dijaga dan diternak.
Warna sebenar Chocobo ialah bewarna kuning namun dalam berberapa game siri ini, warnanya boleh berubah dan ia mendapat kelebihan baru yang akan memudahkan perjalanan watak utama. Saya kongsikan sedikit warna-warnanya mengikut dalam game Final Fantasy IX (9):
- Kuning: warna chocobo yang original. Ia boleh ditangkap sama ada dengan kenggunakan Gyshal Greens iaitu sejenis sayuran dan makanan kegemaran Chocobo. Ia boleh berjalan atas darat dan boleh mencari harta karun
- Biru tua: Chocobo ini boleh melintasi sungai dan kawasan laut cetek
- Merah: Chocobo ini boleh melintasi gunung dan bukit
- Biru Muda: Chocobo ini boleh melintasi mana-mana lautan tak kira dalam atau cetek
- Kuning Emas: Chocobo ini boleh terbang namun untuk menerbangkan ia, perlu meletekkan ia di dalam hutan.
Dalam siri Final Fantasy, bukan semua Chocobo mempunyai warna-warna seperti saya senaraikan, ia juga ada bewarna hitam, ungu, merah jambu, putih, dan macam-macam lagi.
Chocobo juga menjadi salah satu permainan dalam Chocobo Racing khususnya di dalam Final Fantasy VII (7) dan Final Fantasy XV (15). Anda boleh mengambil Chocobo anda dan berlumba dengan pesaing yang lain. Chocobo juga mempunyai watak lain seperti Baby Choco iaitu anak Chocobo yang masih kecil dan Fat Chocobo iaitu Chocobo yang besar dan gemuk. Ia juga adalah watak Summmon dalam Final Fantasy VII dan VIII serta raja Chocobo dalam Final Fantasy IX.
Chocobo sehingga kini menjadi salah satu ikon Final Fantasy yang menjadi salah satu pengangkutan, membantu watak-watak baik dan juga menjadikan sebagai salah satu watak sampingan dalam siri Final Fantasy. Ia menjadi salah satu watak paling diminati dalam semua game Square Enix mengikut sumber IGN pada tahun 2007. Boko, nama Chocobo Bartz Klauser, Watak utama Final Fantasy V (5) mendapat 20 watak terbaik dalam semua Final Fantasy mengikut sumber Dari joystiq pada tahun 2008. Sehingga kini, Chocobo menjadi salah satu watak WAJIB ada dalam semua diri Final Fantasy dan menjadi ikon dalam Final Fantasy. KWEHHHH!
Sumber:
Riley, Adam (February 8, 2007). “Cubed3 Interview with Hiromichi Tanaka
Hill, Doug (2001). “Interview with Final Fantasy Producer, Hironobu Sakaguchi”
Chris Kohler (March 18, 2008). “‘SQUARE ENIX MEMBERS’ COMING TO AMERICA”
Michael McWhertor (2008-01-22). “Final Fantasy’s Chocobo Goes Rubbery, Ducky”
Fahey, Mike (2006-12-14). “Chocobos In The Wild”
0 Response to "Chocobo Dalam Final Fantasy"
Post a Comment