Wahai suami, pernah tak anda terfikir, apa yang akan dialami kaum isteri untuk urus harta pusaka yang anda tinggalkan sekiranya anda mati?
Adakah isteri akan dapat gunakan harta pusaka yang anda tinggalkan untuk menyara kehidupannya dan anak-anak?
Atau ada waris lain yang akan membolot harta tersebut dan meninggalkan isteri dan anak-anak anda dalam penderitaan?
Dan akhirnya ada wanita menjadi mangsa penindasan apabila suaminya meninggal. Seperti yang Puan Nurulbadiah Lai kongsikan, masalah ini dah jadi normal dalam masyarakat. Jadi penting untuk wanita tahu haknya apabila suami telah meninggal.
Hukum Faraid, Bila Suami Meninggal
Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Saya bukanlah ustazah nak cakap pasal agama, tapi saya nak ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.
1. Semasa hidup simati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja best-best.
2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu).
3. Simpanan si mati ada dalam 10k dalam bank. Ada sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan anak-anak.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Si mati tiada anak lelaki, so harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.
7. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.
8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit (orang terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Lansung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas dalil-dalil bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Celah mana mahu cari 150k? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak-anak, dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak simati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.
11. Bermula lah episod merempat si anak-anak yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri. Duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
12. Waris-waris, semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing. Nak tanya khabar jauh sekali, nak hulur duit jauh sekali.
13. Lagi malang waris semuanya bekerja bagus-bagus. Ada cikgu, pegawai kerajaan, golongan prefesional, malah kaki masjid pun ada. Tapi sayang, bab tangggung jawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.
14. Walaupun berhak pada harta simati, tapi kena tengok pula tanggung jawab yang harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggung jawab nafkah pada anak-anak si mati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
15. Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni, berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-adik kita suami kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.
16. Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah untuk anak simati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.
17. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang di bawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan jatuh juga kepada adik beradik si mati?Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggung jawab si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban/membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
18. Ingat ya, dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Inilah realiti yang berlaku, sudah banyak cerita yang mana si isteri dibiarkan kebingungan seorang diri menguruskan segala prosedur berkaitan pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si suami.
Jadi tolonglah selamatkan masa depan anda dan anak-anak.
Para isteri wajib fahami hukum faraid betul-betul, yang sepatutnya harta sepencarian, jagalah hak anda untuk masa depan anak-anak. Jangan ikutkan sangat kerakusan saudara-saudara arwah terhadap harta kita bersama suami.
Jangan rendahkan maruah sendiri sebab sebagai isteri ana ada hak. Tambah pula dengan zaman sekarang, ada pendapatan isteri melebihi pendapatan suami dan kebanyakan para isteri banyak menolong para suami dalam hal perbelanjaan nafkah. Jadi tuntutlah hak anda selagi boleh jangan sampai ditindas oleh mereka yang tidak berkepentingan.
sumber artikel : https://ift.tt/2AZexYJ
Sumber Belum Sampai Seminggu Pegang Title Balu Keluarga Si Mati Dah Cerita Hukum Faraid, Inilah Penting Wanita Tahu Haknya Apabila Suami Meninggal, Tolong Jangan Buat Main-Main...
0 Response to "Belum Sampai Seminggu Pegang Title Balu Keluarga Si Mati Dah Cerita Hukum Faraid, Inilah Penting Wanita Tahu Haknya Apabila Suami Meninggal, Tolong Jangan Buat Main-Main..."
Post a Comment