Anak Anda Sering Mengadu Sakit Kaki Waktu Malam, Ini 5 Perkara Anda Mesti Tahu Tentang Bahayanya ‘Growing Pains’
“Kenapa sakit kaki ni? Rasa sakit tu macam mana? Sakitnya dekat mana? Mari Mama bubuh minyak ya…”
Bila anak mengadu sakit kaki, ibu ayah mungkin pelik sebab simptomnya dah macam orang tua pula. Bukannya sebab jatuh atau berjalan terlalu lama. Tapi tanpa sebab tertentu, asyik mengadu sakit kaki – terutamanya pada waktu malam.
Jika ini yang sedang berlaku pada anda, kemungkinan besar anak anda sedang dalam fasa tumbesaran. Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka akan mengalami simptom yang dikenali sebagai ‘growing pains’.
Mari ketahui lebih lanjut tentangnya.
5 PERKARA IBU AYAH KENA TAHU TENTANG ‘GROWING PAINS’
1. IA ADALAH NORMAL
Menurut KidsHealth.com, ‘growing pains’ ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak perlu dirisaukan. Lazimnya simptom ini berlaku pada anak berusia antara 3 tahun hingga 12 tahun.
‘Growing pains’ ini boleh membuatkan anak berasa sakit pada kaki, lebih-lebih lagi pada bahagian depan paha, betis, belakang lutut dan keting. Ia juga biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki.
2. PUNCA
Punca kesakitan ini masih tidak diketahui secara tepat. Namun menurut NHS Choices, tiada bukti saintifik yang menunjukkan proses tumbesaran menyebabkan kesakitan. Sebab itulah ada doktor yang lebih selesa menggunakan istilah ‘recurrent nocturnal limb pain in children’.
‘Growing pains’ juga lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang aktif serta kanak-kanak dengan sendi yang longgar dan fleksibel (joint hypermobility). Ia juga biasanya diwarisi daripada keluarga.
3. BAGAIMANAKAH RASA SAKIT YANG DIALAMI OLEH ANAK?
Kesakitan yang dirasakan adalah seperti cramp pada otot. Namun, ia tidak menunjukkan sebarang tanda lain yang boleh dilihat seperti lebam, kemerahan atau infeksi. Kesakitan ini juga sepatutnya tidak mempengaruhi cara anak berjalan.
‘Growing pains’ biasanya bermula sebelum waktu tidur. Walaupun kadangkala anak boleh masuk tidur tanpa sebarang masalah, tapi kesakitan juga boleh berlaku ketika mereka tidur hingga menyebabkan anak terjaga.

sakit kaki pada anak

cara cepat tinggi
Foto Kredit: redhoundstudio.com

4. BILAKAH ‘GROWING PAINS’ AKAN BERHENTI?
Pakar mendapati bahawa kesakitan ini akan berhenti apabila kanak-kanak tidak lagi mengalami ‘growth spurt’. Ini bermaksud simptom ini tidak lagi berlaku apabila anak mencecah usia remaja iaitu sekitar usia 13 tahun.
5. CARA MEMBANTU ANAK MENGURANGI RASA SAKIT
Cara yang paling berkesan adalah dengan memberikan urutan dan menyapukan minyak yang sesuai untuk anak.
Lakukan sedikit regangan seperti meluruskan kaki anak atau melipatkannya agar otot dapat meregang dan menegang.
Selain itu, boleh juga membuat tuaman panas dengan menggunakan ‘heating pad’ pada bahagian yang sakit. Kedua-dua cara ini dapat melegakan rasa sakit yang dialami akibat ‘growing pains’.
PATUTKAH BERJUMPA DOKTOR?
Kebiasaannya kondisi ini bukanlah suatu keadaan serius. Namun, anda boleh mendapatkan pandangan doktor sekiranya rasa sakit kaki yang dialami oleh anak disertai dengan beberapa kondisi lain seperti:
sakit kaki yang terlalu kerap – berlaku setiap malam dan turut berlaku pada waktu siang
sakit pada sebelah kaki sahaja
bengkak, kemerahan atau lebam
demam
kurang selera makan
berjalan tempang / terhincut-hincut
enggan berjalan
Semua simptom ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ia mungkin berkait dengan penyakit lain yang lebih serius.
Jadi, ibu ayah perlulah peka dan ambil tahu tentang ‘growing pains’ yang berlaku pada anak-anak ya. Tak salah manjakan mereka dengan urutan sekali-sekala, kan?
*Rujukan: NHS Choices, Kids Health, Root Of Science
sumber artikel : https://ift.tt/2OymHJl
Sumber Anak Anda Sering Mengadu Sakit Kaki Waktu Malam, Ini 5 Perkara Anda Mesti Tahu Tentang Bahayanya ‘Growing Pains’
0 Response to "Anak Anda Sering Mengadu Sakit Kaki Waktu Malam, Ini 5 Perkara Anda Mesti Tahu Tentang Bahayanya ‘Growing Pains’"
Post a Comment