“Yang Ditanya Baju Eksklusif, Bila Beritahu Harga Saya Pula Diburukkan”- Que Haidar

“Yang Ditanya Baju Eksklusif, Bila Beritahu Harga Saya Pula Diburukkan”- Que Haidar
Pelakon Que Haidar tampil memberi penjelasan terhadap komen seorang individu yang mendakwa dirinya menjual baju melayu pada harga mahal disebabkan tiada tawaran berlakon.

Menurut Que, dia tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli barangan yang dijual sebaliknya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

“Assalamualaikum semua, cuma nak kongsi sedikit. Masih ada orang yang macam ni. Saya tak pernah paksa beliau untuk support saya atau beli dari saya. Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kita,” tulis Que di akaun Instagramnya.
Antara warna yang dijual.
Jelas Que lagi, dia hanya memberitahu harga baju eksklusif yang ditanya namun dirinya pula menjadi mangsa kecaman individu tersebut.

“Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju yang exclusive jadi saya pun bagitahu lah harga untuk baju yang ditanya, pulak diburuk-burukkan saya.

“Tentang diri saya yang tak laku tu, Alhamdulillah Allah masih kurniakan rezeki yang halal untuk saya dan keluarga.
QuehaidarXQierahman 2018
“Alhamdulillah. Berniaga ni saya buat hanya pada bulan Ramadan dan memang kebanyakkan barang-barang yang saya jual sangat exclusive dan limited. 7 tahun dah saya berniaga pada bulan ramadan di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini saya fikir ingin luaskan sedikit perniagaan saya.

“Jadi saya buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan saya memang ada customers daari Johor dan Singapura yang menginginkan saya buka di Johor tahun ini, jadi tak jauh la untuk mereka membeli-belah dengan saya.

“Tak perlulah nak hina kalau tak berkemampuan dan kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada macam-macam cara lagi untuk support but apa-apa pun Alhamdulillah,” jelasnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya meminta Que tabah dan bersabar dengan dugaan di bulan Ramadan.
 
 

Sumber “Yang Ditanya Baju Eksklusif, Bila Beritahu Harga Saya Pula Diburukkan”- Que Haidar

0 Response to "“Yang Ditanya Baju Eksklusif, Bila Beritahu Harga Saya Pula Diburukkan”- Que Haidar"

Post a Comment