MB: PH kekalkan slogan Muafakat Johor kerana…

Osman Sapian berkata, cadangan menukarkan slogan Muafakat Johor kepada Harapan Johor belum dimuktamadkan.

Osman Sapian berkata, cadangan mengubah slogan Muafakat Johor kepada Pakatan Johor memerlukan perbincangan lebih mendalam oleh kerajaan negeri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan slogan Muafakat Johor kerana cadangan menggunakan slogan Harapan Johor belum dimuktamadkan.

“Belum tukar lagi. Kita ada kumpulan media yang akan beri idea dan pandangan lain. Nak ubah satu slogan itu bukan mudah sebab beri kesan besar. Kena duduk berbincang lebih mendalam selepas selesai pelantikan exco Johor esok.

“Sebenarnya, saya belum sedia menjawab perkara itu, media sudah tanya. Jadi, saya jawab secara spontan, media dah petik kenyataan saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Sabtu lalu, Osman dilaporkan berkata, slogan Muafakat Johor yang digunakan kerajaan negeri terdahulu akan ditukar kepada Harapan Johor bagi mengikut acuan dan cara kepimpinan baharu.

Keesokannya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan penggunaan Muafakat Johor dengan berkata, slogan itu digunakan sejak tertubuhnya Johor pada 1885.

“Muafakat itu berkat,” tulisnya di Facebook Johor Southern Tigers.

Dalam perkembangan lain, Osman berkata, keputusan tidak memberi peruntukan kecil pembangunan kepada adun Barisan Nasional (BN) masih dibincangkan.

Buat masa ini, katanya, tumpuan diberikan kepada pelantikan 10 exco di Istana Besar Johor Bahru pada 8.15 pagi esok.

“Saya bukan boleh buat keputusan sendiri. Apa pandangan exco, saya akan ambil (kira).”

Beliau juga berjanji manifesto PH Johor, termasuk menghapuskan lesen peniaga kecil dan menawarkan bekalan air percuma akan dilaksanakan dalam 100 hari pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya.

TMJ kata slogan Muafakat Johor sejak 1885 selepas PH cadang ‘Harapan Johor’


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber MB: PH kekalkan slogan Muafakat Johor kerana…

0 Response to "MB: PH kekalkan slogan Muafakat Johor kerana…"

Post a Comment