'Walaupun telah ditegur oleh netizen, individu itu membalas teguran itu dengan cacian, makian dan kata-kata kesat dan langsung tidak mengendahkannya.'
Gambar seorang lelaki yang berselfie di tempat mengundi dan sedang menunjukkan kertas undi miliknya dengan nombor siri viral di media sosial Facebook. Menerusi kertas undi itu, kita boleh saksikan dia memangkah calon Barisan Nasional (BN) ddi DUN N40 Kota Anggerik, Shah Alam.
Pelbagai reaksi telah dilontarkan netizen terhadap lelaki ini. Lelaki ini yang bernama 'WIPA' telah memuat naik gambar tersebut pada jam 8.12 pagi tadi di Facebook miliknya dan secara terang-terangan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Walaupun telah ditegur oleh beberapa netizen yang prihatin, WIPA membalas teguran itu dengan cacian, makian dan kata-kata kesat dan langsung tidak mengendahkannya.
Berdasarkan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang disiarkan Bernama pada 3 Mei 2018 melarang pengundi menularkan gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Larangan itu bertujuan memastikan ketelusan undi adalah rahsia, tetap terpelihara dalam PRU14.
"Larangan ini meliputi semua jenis pengundian termasuk undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa."Ia juga bertujuan memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya.
Beliau berkata, mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Individu terbabit juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi di mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun daripada sabitan itu.
Sebagai info tambahan, kami kongsikan kepada anda beberapa gambar undi rosak yang telah tular di media sosial.
Source: Bernama
Sumber Lelaki Ini Bakal Dihukum Penjara dan Denda RM5,000 Akibat Siar Kertas Undi di Facebook
0 Response to "Lelaki Ini Bakal Dihukum Penjara dan Denda RM5,000 Akibat Siar Kertas Undi di Facebook"
Post a Comment