Ketua SPRM baharu akan dilantik - Tun M

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu akan dibuat bagi memudahkan siasatan ke atas beberapa individu yang didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengganti Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang meletak jawatannya secara rasmi siang tadi, mungkin diumumkan esok (Selasa).

Dr Mahathir juga berkata beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa individu termasuk dengan bekas pegawai kanan SPRM di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dzulkifli, 52 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.



Sumber Ketua SPRM baharu akan dilantik - Tun M

0 Response to "Ketua SPRM baharu akan dilantik - Tun M"

Post a Comment