‘Nampak pedih dan ngilu! Itulah produk ‘mengupas kulit’ yang viral di Instagram.’
Demi kelihatan cantik dan putih, ramai wanita yang sanggup berbelanja besar untuk mencapai target ‘kecantikan’ yang dingini. Ada juga yang sanggup mencuba pelbagai produk walaupun tidak diketahui asal usul dan status keselamatan produk tersebut.
Terkejut kami saat membaca pendedahan gadis ini tentang produk ‘mengupas kulit’ atau ‘Skin Peeling’ di Instagram. Kita tengok pun dah rasa pedih dan ngilu. Apa lagi tuan punya badan yang mengambil produk berkenaan.
Salin kuit macam ular
Seorang gadis di Twitter telah mendedahkan kewujudan peniaga yang menjual produk ‘mengupas kulit’ bagi menggantikan kulit yang sedia ada. Sekiranya kita lihat testimoni, rata-rata yang mengambil produk ini adalah golongan yang berkulit gelap yang kononnya sudah menjadi putih selepas menggunakan produk ini.
Selain menggantikan kulit secara tidak normal, ia juga dikhuatiti bakal memberi kesan sampingan kepada pengguna di mana produk ini masih tidak dapat dipastikan keselamatannya.
Jangan pandai-pandai nak ambil produk yang tidak terbukti selamat
Seorang lagi individu telah tampil mendedahkan apa sebenarnya kandungan produk ‘Mengupas Kulit’ itu. Rupanya, bahan-bahan yang digunakan adalah tidak selamat dan bakal memberi kesan kepada kulit pengguna.
Source: Lily Zahani
Sumber ‘Ingat Manusia Ular Ke Boleh Salin Kulit’ - Waspada Produk ‘Mengupas Kulit’ di Instagram
0 Response to "‘Ingat Manusia Ular Ke Boleh Salin Kulit’ - Waspada Produk ‘Mengupas Kulit’ di Instagram"
Post a Comment