Hashtag #Done Kembali Lagi, Confirm Meriah 'Timeline' Anda

Hashtag #Done Kembali Lagi, Confirm Meriah 'Timeline' Anda

Gambar wajib pada bulan puasa. (Gambar: Fotolia/Lokal)

Tidak sampai sehari (atau beberapa jam) saja lagi, seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa.

Bagi yang bukan beragama Islam, puasa secara bahasa adalah menahan diri. 

Secara terminologi pula puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulai dengan niat berpuasa.

Namun, satu perkara menarik setiap kali Ramadhan adalah kemeriahan di media sosial.

Pelbagai ragam dan status dimuat naik oleh netizen, baik baru atau jenaka yang dikitar semula. Penuhlah timeline segenap media sosial anda. 

Kami himpunkan gelagat yang bakal muncul bulan puasa ini. 

1. #DONESAHUR
 

Selepas niat puasa, ini adalah antara yang bakal berkeliaran di timeline Facebook/Twitter/Instagram seawal awal pagi (Subuh).

Bagi sesetengah golongan bujang, mungkin sekeping roti atau kurma saja yang mampu dikongsikan.

Berbeza jika yang sudah berkeluarga, penuhlah meja dengan makanan menyelerakan. Untung sungguh!

2. #DONEMASAK

 
Ini boleh dianggap sebagai antara permulaan kepada cabaran seterusnya kerana ketika inilah gambar masakan atau resipi dikongsi oleh para suri rumah di media sosial.

Jangan dikatakan gambar memasak, resepi menu berbuka pun adakalanya menggugat iman yang rapuh.

3. #DONEBAZAR

Paling popular di bazar Ramadan.
Peringkat seterusnya adalah gambar di bazar ramadan. Peringkat ini dianggap sebagai paling getir kerana ia sudah menghampiri waktu berbuka.

Antara makanan paling ‘jahat’ yang mungkin merebak di ruang media sosial anda adalah nasi kerabu, ayam percik, murtabak serta air jagung.

Perkongsian gambar-gambar ini memberi pengaruh kuat bagi menentukan menu juadah berbuka anda.

4. #DONEIFTAR

Acara wajib sebelum berbuka. Selamat berbuka!
Perjuangan berpuasa mungkin sudah selesai. Namun, perlumbaan di media sosial masih belum berakhir.

Acara wajib untuk mengambil gambar kesemua juadah. Teknik flat-lay paling' insta worthy' untuk dimuat naik ketika ini. Jangan lupa cuba!

5. #DONETARAWIH


Gambar ini berkemungkinan akan berkurang tahun ini. Ini kerana telah banyak kecaman telah dibuat dalam bentuk jenaka, terutamanya buat kaum hawa.

Oleh demikian, potensi untuk para gadis mengambil gambar bertelekung selepas menunaikan tarawih agak rendah. 

Namun apa saja boleh berlaku. Sama-sama kita nantikan.

6. #DONESHARE, #DONEDAKWAH

Perkongsian yang amat dialu-alukan ketika bulan puasa.
Tidak semua yang dikongsi itu menjengkelkan. Seperti yang kita semua faham, bulan puasa juga mengajak kita supaya memperbanyakkan ibadah dan solat.

Maka, perkongsian positif seperti potongan hadis, ayat suci Al-Quran dan video ceramah amatlah dialu-alukan.

Ini terkecuali ya!
Perlu diingatkan artikel tidak menuju kepada siapa-siapa yang berkenaan. Anda berhak berkongsi apa jua di media sosial.

Bagi semua umat Islam yang bakal menunaikan ibadah puasa, Rojak Daily Skop! mengucapkan selamat berpuasa dan moga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.



Sumber Hashtag #Done Kembali Lagi, Confirm Meriah 'Timeline' Anda

0 Response to "Hashtag #Done Kembali Lagi, Confirm Meriah 'Timeline' Anda"

Post a Comment