7 Jenis Pembiayaan Yang Perlu Direbut Oleh Orang Bisnes!

Udara baru yang perlu disedut oleh usahawan adalah berita tentang Goverment Servis Tax (GST) yang bakal terhapus dalam masa terdekat oleh pemerintahan kerajaan baru. Pasti, tiada lagi akan kedengaran rungutan tentang cas tambahan yang ternyata membebankan usahawan.

Jadi, rebutlah peluang yang sedia terbentang ini untuk menerokai bidang keusahawan terutama kepada belia-belia muda. Apabila GST dimansuhkan, subsidi minyak diperkenalkan semula, pastinya harga barang dan perkhidmatan akan turun.

Hal ini kerana, kesan pengurangan kos pengangkutan dan bahan mentah. Kesempatan emas ini pasti dinikmati oleh usahawan yang terlibat dalam bidang pengangkutan dan logistik.

Jadi, mengapa perlu anda menyemai benih kebimbangan jika anda tiada modal untuk merebut peluang yang sedia ada, kerana kerajaan dan syarikat swasta telah hamparkan seluasnya pembiayaan untuk dinikmati kepada mereka yang mahu menjadi usahawan.

#1- Tekun Nasional.

TEKUN Nasional atau dulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memulakan dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Terdapat beberapa skim pinjaman perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Teman TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontra-i

Ar-Rahnu Tekun

Pinjaman yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi https://ift.tt/2rH6842

#2-Pinjaman Perniagaan Mara.

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Antaranya:

  1. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  2. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  3. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  4. Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  5. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  6. MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  7. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan, rujuk https://ift.tt/2Idn39n

#3-Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan Shari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan.

#4-Amanah Ikhtiar Malaysia.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan pinjaman perniagaan sehingga RM20,000. Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan isi rumah RM3,855 sebulan layak memohon.

Untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Amanah Ikhtiar Malaysia layari portal rasmi AIM di http://aim.gov.my/

#5-Cradle

Cradle Fund Sdn Bhd lebih tertumpu kepada syarikat permulaan yang berasaskan bidang teknologi.

Cradle Investment Programme 300 (CIP300) adalah dana permulaan yang menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi usahawan dalam bidang pernianiagaan berasaskan teknologi inovatif. Pembiayaan maksimum sehingga RM300,000

Direct Equity 800 (DEQ800) – lebih kepada pelaburan ekuiti sehinga RM800,000 bagi syarikat permulaan tempatan.

#6-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

KPDNKK menyediakan dana bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan dalam perniagaan Francais

Skim Pembiayaan Francais – Menawarkan kemudahan Pinjaman dalam perniagaan francais dengan had maksimum jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM 7.5 juta.

Dana Bantuan Pembangunan Francais – menawarkan dana bagi syarikat yang ingin memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Perniagaan yang berdaftar dengan pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000

Skim Pembiayaan Kecil Francais – menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 bagi pembiayaan perniagaan bidang perniagaan francais mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

#7-Teraju

TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 117 bilion.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi-agensi kerajaan pelbagai peringkat dan Koridor Ekonomi.

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) – Menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Sesuai untuk syarikat permulaan yang memerlukan dana pembiayaan yang besar.

Dana Pembangunan Halal – Menyediakan – Dana ini menyediakan kemudahan kewangan bagi pembiayaan projek berkaitan halal termasuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan eksport pengeluaran. Dana ini disediakan secara kolaborasi di antara TERAJU dan Agrobank.

Dana TERAS – Dana ini disasarkan kepada syarikat berprestasi tinggi yang ingin mengembangkan syarikat. Pembiayaan berbentuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

Dana Mudah Cara – Dana Mudahcara (Facilitation Fund) diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta. Geran 15% dari keseluruhan kos yang layak bagi komponen infrastruktur dan peralatan bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan oleh syarikat Bumiputera terutamanya dalam sektor NKEA yang berimpak tinggi. Kos minima projek yang layak dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini ialah RM 500,000 dengan had maksima dana yang boleh diberikan ialah RM 30 juta.



Sumber 7 Jenis Pembiayaan Yang Perlu Direbut Oleh Orang Bisnes!

0 Response to "7 Jenis Pembiayaan Yang Perlu Direbut Oleh Orang Bisnes!"

Post a Comment