PAGOH: Nama Datuk Noriah Mahat, 65, mungkin kedengaran asing bagi mereka yang tinggal kawasan bandar tetapi pemimpin wanita ini sebenarnya dikenali dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir.
Kemesraan yang terjalin bersama penduduk Bukit Pasir itu jelas kelihatan ketika beliau mengadakan sesi sembang santai bersama penduduk kampung.
Gerak kerjanya mudah, dia melakukan lawatan rumah ke rumah bertanyakan apa masalah penduduk, melawat mereka yang uzur dan membantu mereka yang ditimpa kecelakaan.
Raut wajah dan tutur katanya sangat ikhlas serta jujur mahu mengetahui sekali gus berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.
Malah, para penduduk yang ditemui tidak menunjukkan sebarang tanda 'bermuka-muka' untuk melayan pemimpin wanita itu sebaliknya keakraban cukup kelihatan.
Ujar Noriah, pendekatan sentuhan penuh keibuan dalam kumpulan kecil ini telah dilakukan sejak PRU13 dan disebabkan itu beliau yakin mampu merampas kembali kerusi DUN Bukit Pasir daripada PPBM.
"Program gerak mesra ini hanya boleh dilakukan oleh wanita, walaupun ada pihak yang menidakkan kemampuan wanita tetapi sebenarnya pergerakan wanita inilah yang menjadi tulang belakang kepada banyak aktiviti.
"Saya dengan orang Bukit Pasir ini tidak asing lagi, mereka ini sebahagian besarnya mengenali saya. Saya yakin BN boleh menang di kawasan ini pada 9 Mei nanti," katanya.
Tambahnya, pengundi kini lebih bijak dalam membuat keputusan memilih wakil rakyat terutama daripada parti yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Kerusi DUN Bukit Pasir bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Noriah dan calon PAS Najib Lep.
Sumber
Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir
Related Posts :
“Pelamin yang viral itu bukan berharga RM10,000, ia cuma termasuk dalam pakej bernilai RM10 ribu” – Pelanggan teraniaya boleh hubungi Zurin Jundi 24 jam lepas sidang mediaKLANG: Pemilik butik perancang perkahwinan, ZurinJundi yang menjadi tajuk utama berita panas minggu lalu akhirnya tampil meredakan suas… Read More...
“Masa tu saya ada RM2, saya bagi pakcik tu RM1” – Nabil Ahmad kongsi dari gaji RM600 sebulan jadi RM50,000 dalam dua bulanSIAPA yang tidak kenal dengan pelawak Nabil Ahmad? Rasanya semua orang akan terhibur dengan celoteh dan lawak spontannya itu.
… Read More...
Niat baik kongsi kuasa bersedekah, Nabil Ahmad terkilan dituduh riak
Perkongsian mengenai kisah kejayaan pelawak, Nabil Ahmad yang tular di Internet minggu lalu memberi pelbagai reaksi daripada pengguna laman… Read More...
Gambar separuh bogel: Majalah perlu bayar pampasan RM965,250 kepada Putera William dan Kate Middleton
PARIS: Mahkamah Perancis hari ini memutuskan, majalah selebriti negara itu perlu membayar 100,000 euro (RM508,026) sebagai pampasan kepad… Read More...
Berang kerana kerap hadap telefon dan membebel, suami sepak dan tendang isteri sampai patah dua gigiJAKARTA – Berang isteri sering menghadap telefon bimbit dan kerap membebel, seorang suami telah menyepak dan menyebabkan isterinya kehilanga… Read More...
0 Response to "Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir"
Post a Comment