UNDIAN pusingan ketiga Piala FA menyaksikan dua finalis tahun lalu, Kedah dan Pahang, bakal berentap untuk memburu salah satu slot ke suku akhir.
Skuad Tok Gajah pastinya akan turun dengan misi mahu membalas dendam selepas tewas 3-2 untuk membolehkan Kedah menjulang trofi itu di Stadium Shah Alam pada tahun lalu.
"Pada tahun lalu, kami tewas dalam aksi final. Jadi, sudah tentu ia akan menjanjikan satu perlawanan yang menarik," kata Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh.
Sementara itu, juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT), pula dijangka tidak mempunyai masalah apabila bertemu skuad Liga Perdana, UiTM FC, manakala Selangor berada dalam laluan sukar selepas diundi berdepan antara pasukan paling menyerlah musim ini, Terengganu FC.
Selain itu, undian yang dibuat hari ini turut menemukan Melaka dengan Kuala Lumpur manakala Felda United menerima kunjungan UKM FC.
PKNS FC, yang berada di tempat keempat liga, tidak harus memandang mudah Kelantan sekali pun skuad itu bermula buruk dalam liga musim ini.
Dalam pada itu, perlawanan lain bakal menyaksikan Pulau Pinang bertemu Perak manakala PKNP FC akan berdepan Kuantan FA.
"Tidak kira beraksi di tempat sendiri atau tidak, ia tetap akan sama. Kami tahu setiap pasukan meletakkan harapan tinggi dan dalam perlawanan sebegini.
"Kamu tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Jadi kami perlu mempersiapkan diri," kata jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Joaquim Maciel da Silva.

Sumber
Pusingan Ketiga Piala FA: Finalis tahun lepas bertemu kembali
Related Posts :
“Kuat Atau Tidak Kita Usaha Habis-Habisan, Erti Lawan Yang Sebenar,” – Ahli Keluarga Termasuk Ibu Achey Pos1tif C0v1d-1.9Pelawak, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey berkongsi khabar dvka apabila ahli keluarga termasuk ibunya, Ngaisah Hassan tel… Read More...
“Saya H1dup Dengan Simpanan Yang Ada…”- Eric Floor 88 Dah 2 Bulan Ti4da ‘J0b’Anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi mend3dahkan bahawa dirinya sudah dua bulan hil4ng sumber pendapatan.
Eric yang juga pemain keyboard kum… Read More...
Video dit0nton ribuan kali, kec0melan adik-beradik Amyra Rosli jadi bu4lan peminat- “Kembar…”Sebut sahaja dr4ma popular Nur, pasti pelakon utama, Amyra Rosli yang diingati peminat dr4ma tempatan apatah lagi bakat lakonannya itu dimin… Read More...
(Video) Gadis kongsi sebab ingin diet buat ramai sebak, “Nak jadi sukarelawan…”Sudah tiba masanya untuk masyarakat kita sedar bahawa berat badan berlebihan atau berkurangan bukanlah masalah yang perlu dirisaukan. Sebali… Read More...
(Video) Isteri Men4ngis Di Sisi Suami Yang Bernikah Dengan Bek4s KekasihPercintaan sesama m4khluk ini sesungguhnya mervntun pelbagai peng0rbanan. Masa, kewangan dan tidak kurang juga men4gih em0si yang berat seti… Read More...
0 Response to "Pusingan Ketiga Piala FA: Finalis tahun lepas bertemu kembali"
Post a Comment