Pemalu, kongkang menjadi statik di dalam enjin Perodua Myvi setelah menggigit pemandunya dekat Kuala Pilah, 15 Mac 2018. — Foto-foto ihsan Facebook/APM Kuala Pilah KUALA PILAH, 16 Mac — Seorang pemandu malang digigit kongkang sewaktu cuba membantu haiwan liar itu yang bergerak perlahan melintas jalan malam tadi.
Pemuda 25 tahun itu sempat mengelaknya dan berhenti di bahu kiri jalan menghala ke Kuala Pilah dari Seremban, lapor portal Sinar Harian.
Seorang anggota APM Kuala Pilah memegang kongkang setelah ia berjaya dikeluarkan dari enjin kereta, 15 Mac 2018. Namun “niat murni pemuda itu bertukar tragedi apabila kongkang jantan itu bertindak menggigitnya”, kata ketua operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Kongkang itu pula tiba-tiba masuk ke enjin keretanya, yang ditumpang dua rakan wanita dalam perjalanan ke Pahang, kata sarjan Majeran Lon lagi.
Mangsa digigit haiwan 700 gram itu di depan Masjid Kariah Seri Mungkal, Tanjung Ipoh kira-kira jam 11 malam sebelum menghubungi APM.
Anggota APM mengambil masa 15 minit mengeluarkan mamalia terbabit yang aktif di waktu malam dan sangat malu. Ia menjadi statik apabila terancam.
Ia berjaya dikeluarkan tanpa kecederaan dan dilepaskan ke hutan berdekatan.
Sumber
Pemuda digigit kongkang ketika bantu melintas jalan
Related Posts :
“Ke mana duit RM200 yang hangpa rompak dari akaun peribadi aku???” – NikNur Syuhada (Peminjam PTPTN)Seorang peminjam PTPTN, Nik Nur Syuhada Nik Abdullah berkongsi masalah yang dihadapinya dengan agensi tersebut di Facebook peribadinya denga… Read More...
‘Kerana mak mertua, saya diceraikan suami ketika hamil 3 bulan’Dari Kisah Rumah Tangga
Saya saja nak kongsi cerita tentang mak mertua ini. Sebelum ini saya berstatus janda anak dua. Dulu saya bercerai d… Read More...
[Gambar] Dahulu Rumah Lelong, Kini Menjadi Rumah Idaman, Pengubahsuaian Ini Boleh Jadi Rujukan Buat Mereka Yang Ingin Ubahsuai RumahRumah lelong bukanlah perkara asing buat kebanyakan orang, ini kerana ada di antara kita yang lebih menggemari membeli rumah lelong berbandi… Read More...
Datuk Umur 94 Tahun Sudah Uzur Dan Suka Marah, Cucu Hadiahkan Hadiah Istimewa Berjaya Buat Perangai Atuknya BerubahDatuk berumur 94 tahun, dia dahulunya seorang lelaki yang pernah terlibat di dalam perang dunia kedua, sejak perang berakhir, dia telah beke… Read More...
‘Usia 30-an, sihat & ada kudrat lagi, tetapi asyik minta duit mak sampai dia kahwin pun mak kena tanggung’Dari inbox My Media Hub
Salam min, tolong viralkan supaya saya tahu apa yang saya perlu buat. Jika tak keberatan. Terima kasih. Semoga Alla… Read More...
0 Response to "Pemuda digigit kongkang ketika bantu melintas jalan"
Post a Comment