Muhyiddin: PPBM tidak dapat serah dokumen pada ROS

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Tun Dr Mahahtir Mohamad (kanan) di majlis pelancaran lagu dan laman web PPBM di Shah Alam pada 7 Januari 2017. ― Foto oleh Saw Siow FengTan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Tun Dr Mahahtir Mohamad (kanan) di majlis pelancaran lagu dan laman web PPBM di Shah Alam pada 7 Januari 2017. ― Foto oleh Saw Siow FengMUAR, 16 Mac ― Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan dapat mengemukakan laporan minit mesyuarat bahagian dan cawangannya menjelang berakhir tempoh 30 hari diberikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata laporan minit mesyuarat bahagian tidak dapat dikemukakan parti itu kerana bahagiannya baru diluluskan penubuhannya oleh RoS pada Julai tahun lepas dan tiada pertubuhan membuat mesyuarat agung dalam tempoh kurang setahun penubuhannya.

Bagi laporan minit mesyuarat cawangan pula, katanya pada masa ini parti itu masih dalam proses menubuhkan cawangannya serta mendapatkan kelulusan penubuhan daripada RoS, justeru tiada mesyuarat cawangan dapat dibuat.

“Yang lain tidak ada masalah jadi biar kita selesaikan dulu dan lepas itu kita tengok keputusan mereka (RoS) buat,” katanya pada sidang akhbar di Pagoh di sini hari ini.

RoS mengeluarkan notis kepada PPBM berkuat kuasa 28 Feb lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan.

Ditanya tentang perancangan PPBM sekiranya parti itu dibubarkan, Muhyiddin berkata buat masa ini beliau tidak mahu menjawab persoalan itu kerana apa yang penting bagi PPBM adalah menyempurnakan sembilan keperluan diminta RoS termasuk maklumat anggota, minit mesyuarat dan penyata kewangan. ― Bernama



Sumber Muhyiddin: PPBM tidak dapat serah dokumen pada ROS

Related Posts :

0 Response to "Muhyiddin: PPBM tidak dapat serah dokumen pada ROS"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.