KUALA LUMPUR: Bintang veteran terkenal, Uji Rashid diminta keluar dari rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Berita sedih tersebut dikongsi oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @mynohomar.
“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.
“Beliau ada memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” tulis Noh.
BACA: Farouk Hussain ajak peminat, rakan artis doakan Hail Amir kembali sihat
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu hadir ke pejabat Noh bagi memohon bantuan rumah PPR.
Turut hadir bersama Uji ke pejabat tersebut adalah anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucunya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Noh
Sumber
Diarahkan keluar dari rumah sewa, Uji Rashid mohon rumah PPR
Related Posts :
Salah guna gambar buat testimoni, mangsa muka melecur tersembam dalam minyak panas kecam ejen jual produk tipu pengguna dengan testimoni palsu
“Pandai-pandai dia buat testimoni (menggunakan) gambar saya,” demikian tulis seorang wanita yang berang dengan tindakan tidak bertang… Read More...
Dahlah cekik duit pencen ayah, paksa pula ayah buat loan konon tak cukup duit dekat U! Memang dasar anak tak sedar dek untungKasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Perumpamaan yang sangat indah dan tepat buat insan yang bergelar ibu bapa. Lihat saj… Read More...
Tiap bulan bagi RM200 tapi mak mertua minta lagi RM200. Satu hari dia ajak jalan tapi tiba-tiba drive ke hutan dan bagi satu surat…
Hi admin
Ni kisah Mak mertuaku terhebat.
Dari mula kawin kami tinggal di kl. Suami saya seorang askar. Tinggal di quaters. Duit untuk mak d… Read More...
Lelaki Rohingya mati mengerikan selepas diseksa, badannya ditikam dengan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang dan topi keledarSeorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dibelasah dan ditikam bertubi-tubi dipercayai menggunak… Read More...
Di Barat jemputan kahwin tak sampai 100, Melayu kena jemput kurang-kurang 1000. Budaya kolot ini perlu diubahMAJLIS PERKAHWINAN DAN BUDAYA KOLOT MELAYU
Orang Melayu ni kadang kadang bangsa yang pelik. Sanggup bergolok bergadai berhutang menjemput 1,… Read More...
0 Response to "Diarahkan keluar dari rumah sewa, Uji Rashid mohon rumah PPR"
Post a Comment