
Pada aksi pusingan kedua tersebut, juara bertahan itu mudah memenangi set pertama 21-6 menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun, namun kalah pada set kedua 13-21, sebelum bangkit pada set penentuan dengan kemenangan 21-18, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.
Menanti Chong Wei di suku akhir adalah musuh tradisi, Lin Dan dari China yang menyingkirkan Wang Tze Wei dari Taiwan 21-13, 23-21.
Untuk rekod, Chong Wei memenangi kejohanan berprestij itu empat kali pada 2010, 2011, 2014 dan 2017 manakala Lin Dan sebanyak lima kali - 2004, 2006, 2007, 2012, 2016.Dalam pada itu, cabaran beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berakhir biarpun mempamerkan semangat juang tinggi dalam pertarungan sengit menentang pasangan China, Zhang Nan-Li Yinhui pada pusingan kedua itu.
Mereka terpaksa akur dengan kekalahan straight set 22-24, 20-22.
Tiga lagi wakil negara - dua beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei akan beraksi pada awal pagi ini waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Sumber Chong Wei mara ke suku akhir All England
0 Response to "Chong Wei mara ke suku akhir All England"
Post a Comment