ABC Gunung Kinabalu, tinggi kepuasannya

Seorang peminat ABC Kelapa Gunung di gerai Pondok Pantai, yang kini berpindah di sebuah restoran di Tanjung Aru, Sabah. — Foto-foto ihsan Facebook/Pondok Pantai Seorang peminat ABC Kelapa Gunung di gerai Pondok Pantai, yang kini berpindah di sebuah restoran di Tanjung Aru, Sabah. — Foto-foto ihsan Facebook/Pondok Pantai KUALA LUMPUR, 16 Mac — Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, semangkuk air batu campur (ABC) memang sedap untuk membasahkan tekak kita.

Tetapi jika semangkuk kecil tidak cukup, boleh cuba ABC Gunung Kinabalu setinggi lebih 40 sentimeter di pekan Tanjung Aru, Sabah.

Berita dan foto hidangan unik ini pernah menular dua tahun lalu. Kini ia terus menjadi pilihan penduduk dan pelancong di negeri itu.

Gerai Pondok Pantai milik Ain Natrah Mirdat, 27, yang dibuka sejak 2007 pada awalnya mengusahakan masakan panas.

“Ilham untuk buat ABC Gunung Kinabalu muncul selepas berlakunya tragedi gempa bumi di Ranau, pada 2015,” katanya kepada ProjekMMO minggu lalu.

“Kerana terkenangkan tragedi Ranau, saya buat ABC berbentuk gunung, tetapi yang memberikan rasa sejuk dan manis kepada pelanggan.”

Menariknya sebesen hidangan tersebut dijual dengan harga tetap RM25 dan anda boleh memilih sendiri topping atau tambahan di bahagian atas.

Topping terdiri dari pelbagai pilihan, antaranya ais krim, sagu, buah-buahan, cincau, jagung, wafel dan biskut.

Pelanggan tersenyum puas di depan sajian unik, ABC Kelapa Gunung di Tanjung Aru, Sabah. Pelanggan tersenyum puas di depan sajian unik, ABC Kelapa Gunung di Tanjung Aru, Sabah. Semangkuk besar ABC Gunung Kinabalu boleh dimakan 10 orang. Pelanggan akan diberikan alat pencedok, sudu dan mangkuk kecil.

Mereka juga menyediakan ABC kelapa gunung RM30, ABC buah aiskrim RM7.50, ABC buah RM6.50, ABC Milo RM5 dan ABC kacang merah RM5.

Menurut Ain, setiap hari lebih 40 pesanan ABC Gunung Kinabalu diterima dan jumlahnya meningkat di hari minggu.

Dibuka setiap hari seawal 7 pagi hingga 1 pagi, Gerai Pondok Pantai kini berpindah ke Restoran Bukhary Maju di pekan Tanjung Aru sejak 1 Mac lalu.

Lokasi lama di pantai Tanjung Aru tidak ada lagi berikutan penutupan medan selera tersebut. Alamat barunya: No 8 Jalan Pinang, Pekan Tanjung Aru.

Bukhari Maju dekat Pasar Pekan Tanjung Aru dan Perbendaharaan Malaysia Sabah. Boleh taip Bukhary Maju di aplikasi peta Google anda.

Anda boleh juga menghubungi 016 746 1947 jika ada sebarang pertanyaan.



Sumber ABC Gunung Kinabalu, tinggi kepuasannya

Related Posts :

0 Response to "ABC Gunung Kinabalu, tinggi kepuasannya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.