5 RAHSIA UNTUK JADIKAN BRAND ANDA LEBIH ‘WOW’

Anda ada lenggok iklan anda? Adakah lenggok iklan anda membuai-buai perasaan pelanggan untuk sama-sama melenggok?

Lihat sahaja bagaimana lenggokkan iklan jenama-jenama besar yang berjaya mencuri perhatian dari generasi ke genenasi sehingga untuk memadamkan lenggokkan itu adalah perkara paling sukar.

Untuk penjenamaan bagi setiap produk yang dihasilkan setiap ayat iklan itu memainkan peranan yang penting. Contohnya iklan, sebutir beras ibarat setitik peluh petani. Ayat iklan produk beras yang menampilkan pelakon Jalaluddin Hassan.

Kenapa ayat-ayat ini sebati dalam minda kita? Kerana kuasa ‘jenama’ menakluk minda anda sehingga anda terpanggil untuk dapatkan produk tersebut. Jom kita lihat rahsia untuk jadikan brand anda ‘wow’.

#1 – Tonjolkan Identiti Produk

Bukan mudah untuk bina identiti sendiri. Pastikan pelanggan mengenali produk anda. Dan antara salah satu caranya adalah bagaimana anda tampilkan produk anda kepada pelanggan.

Dengan cara ini, design dalam proses marketing atau design dalam proses packaging, akan lebih menyerlah dengan kekuatan produk berbanding produk-produk yang lain.

Contoh, pembuat kedai kek kegemaran ramai iaitu Secret Recipe. Walaupun banyak saingan kedai kek namun ianya tetap kedai kek nombor yang menjadi pilihan. Sehingga setiap lidah terasa ditarik-tarik untuk menikmatinya walaupun tidak mampu untuk beli sebiji, sepotong pun sudah cukup untuk merasai.

#2 – Produk Kegemaran Pelanggan

Cara untuk buat produk anda digemari pelanggan? Cari perbezaan yang ketara dengan produk lain. Jika ada perbezaan, ini sangat penting untuk ditekankan.

Jika anda penjual produk kosmetik anda ada campuran bahan yang jarang produk lain ada, maka tonjolkan kelainan itu. Sebelum menghasilkan sesuatu produk buat kajian pasaran dahulu.

Lihat bagaimana pihak KFC memuat naik iklan bucket yang kosong tanda meminta maaf kerana masalah kehabisan ayam goreng kepada pelanggannya yang penat beratur panjang. Iklan itu menangkap emosi pelanggan yang rata-rata menerima permohonan maaf tersebut. Dan keesokkan harinya mereka tetap setia untuk mendapatkan ayam goreng semula.

#3 – Storytelling

Ceritakan kepada pelanggan anda tentang kehebatan produk yang anda ada. Jangan sia-siakan peluang dalam penceritaan ini. Tangkap emosi pelanggan anda supaya ianya tidak terlepas begitu saja.

Lihat sahaja produk gergasi ‘Milo’ yang mendominasi nilai ‘kejuaraan’ dengan jalan cerita bahawa siapa yang menikmati segelas hidangan minuman milo setiap pagi akan menjadi juara.

#4 – Eratkan Hubungan Offline Bersama Pelanggan

Raikan Hari Pelanggan dengan mengadakan majlis sukaneka atau majlis kecil dengan menikmati makan petang di butik anda atau kedai yang lain.

Bina hubungan yang baik dengan pelanggan anda kerana mereka berpontensi untuk menyebarkan kebaikan yang mereka perolehi daripada anda kepada rakan yang lain. Impaknya pasti akan menggembirakan ‘sale’ anda nanti.

#5 – Jadi Penembak Tepat Untuk Targeted Customers

Selalu anda tersasar ketika menembak? Perlu ke masuk kelas menembak? Perlu atau tidak itu terpulang kepada bajet anda. Tetapi perkara paling penting jangan tersasar untuk target customer anda.

Kenalpasti pelanggan setia anda. Mereka yang berjaya mendapatkan hasil apabila menggunakan produk keluaran anda dan berkali-kali mengulang belian. Jangan ragu-ragu untuk berikan mereka keistemewaan daripada segi potongan harga dan hadiah.



Sumber 5 RAHSIA UNTUK JADIKAN BRAND ANDA LEBIH ‘WOW’

0 Response to "5 RAHSIA UNTUK JADIKAN BRAND ANDA LEBIH ‘WOW’"

Post a Comment